Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Swift Edge 16 Kini Dengan Sambungan Wi-Fi 7

Acer Swift Edge 16 Kini Dengan Sambungan Wi-Fi 7

Diterbitkan Mei 26, 2023 · Dikemas kini Mei 26, 2023 oleh ariff bukhari

Acer di pameran Computex 2023 yang berlangsung di Taipei telah mengumumkan komputer riba terbaru Swift Edge 16 yang kini dikuasakan oleh siri cip pemproses AMD Ryzen 7040.

Komputer riba dengan skrin OLED 3.2K bersaiz 16 inci serta kadar segar sehingga 120Hz ini juga dikuasakan grafik dari cip AMD Radeon 780M.

Acer Swift Edge 16 Kini Dengan Sambungan Wi-Fi 7
Swift Edge 16 menyokong sehingga 32GB RAM LPDDR5 R dan storan PCIe SSD Gen 4 sehingga 2TB.

Selain itu, Acer Swift Edge 16 ini juga kini menyokong sambungan Wi-Fi 7 di mana kelajuannya dipertingkatkan sehingga 5.8 Gbps, kependaman rendah (latency)di bawah 2 ms, dan keupayaan berbilang pautan (multi-link) untuk sambungan tanpa wayar  pantas dan dipercayai.

Acer Swift Edge 16 Kini Dengan Sambungan Wi-Fi 7
Swift Edge 16 juga lengkap dengan 2x sambungan USB Type-A, USB 4 Type-C untuk pengecasan pantas 65 W dan paparan, HDMI 2.1 dan pembaca kad Micro SD.

AcerSwift Edge 16 (SFE16-43) akan tersedia di Amerika Utara pada bulan Julai tahun ini dengan harga jualan bermula dari USD1,299.99 (~RM5976).

Berkaitan

  • Kelajuan Internet Mudah Alih Di Malaysia Atasi Vietnam, Thailand Dan Jepun
  • Kongsi Akaun Netflix: Ini Jawapan Pada Kekeliruan Tentang Peraturan Baru Netflix
  • Batal Langganan Dan Buang Segera 5 Aplikasi ChatGPT Palsu Ini Dari Peranti

Sumber: Siaran Media Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
©2026 WISER.MY