Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Perkenal 2 Model ‘Laptop Gaming AI’ Terbaru

Acer Perkenal 2 Model ‘Laptop Gaming AI’ Terbaru

Diterbitkan April 13, 2024 · Dikemas kini April 13, 2024 oleh ariff bukhari

Acer telah pun memperkenalkan komputer riba permainan baharunya, Predator Helios Neo 14 dan Acer Nitro 16.

Kedua-dua model komputer riba ini telah dikemas kinikan dengan masing-masing dikuasakan cip pemproses Intel® Core™ terkini, membawakan pengalaman AI di atas peranti.

Predator Helios Neo 14 baharu menawarkan prestasi yang tinggi berkat cip pemproses Intel Core Ultra 9 185H dengan kebolehan pencepatan AI khusus, dan GPU komputer riba sehingga NVIDIA GeForce RTX 4070 yang menyokong DLSS 3.5 yang dikuasakan oleh AI.

Acer Perkenal 2 Model ‘Laptop Gaming AI’ Terbaru
Predator Helios Neo 14 baharu tersedia dengan pilihan paparan sehingga WQXGA (3072×1920) dengan kadar segar semula 165Hz.

Untuk model Acer Nitro 16 pula, ia tersedia dengan cip pemproses sehingga Intel Core 14700HX dan GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 4060 serta paparan WQXGA (2560 x1600) 16 inci dengan kadar segar semula secepat 165Hz dan sokongan 100% untuk spektrum warna sRGB.

Acer Perkenal 2 Model ‘Laptop Gaming AI’ Terbaru
Nitro 16 datang dengan Intel Killer DoubleShot™ Pro, dua USB Taip-C dengan Thunderbolt 4, dan pembaca kad MicroSD.

Predator Helios Neo 14 (PHN14-51) akan tersedia di wilayah Amerika Utara dalam bulan Mei nanti, dengan harga bermula dari USD 1,799.99 (~RM8,500).

Manakala Acer Nitro 16 (AN16-73) juga akan tersedia di wilayah Amerika Utara dalam bulan Mei, dengan harga bermula dari USD 1,399.99 (~RM6,600).

Beli pelbagai produk Acer dari stor rasmi di:

Shopee – https://invl.io/clkeovu

Lazada – https://invol.co/clkeowc

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Siaran media Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY