Acer Day 2020 Kembali Dengan Potongan Harga Sehingga 83%

Setiap tahun, Acer Day hadir dengan sambutan yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik, permainan, cabutan bertuah, hiburan, bidaan harga dan tawaran yang hebat bagi menghargai sokongan pengguna terhadap jenama itu.

Terbaru, Acer Malaysia kini kembali untuk tahun keempat bagi acara Acer Day 2020 dengan tema "Feel the Vibe". Berbanding acara fizikal, sambutan tahun ini diadakan secara dalam talian.



Bersempena itu, Acer akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik dan tawaran hebat bermula 2 hingga 4 Ogos 2020. Acara pembukaan akan diadakan pada 2 Ogos melalui penstriman langsung di Facebook Acer Malaysia bermula 3 petang.



Dalam tempoh yang sama, Acer Malaysia menganjurkan “Super Brand Day” di Shopee, yang menawarkan promosi menarik seperti “Massive Deals” dengan potongan harga sehingga 83% serta baucar Shopee yang bernilai sehingga RM200. Hanya perlu masukkan kod diskaun "MULCRJC7" dan kod ini terhad kepada 50 pembelian terawal.



Selain itu, Acer Malaysia turut mengumumkan penampilan komputer riba gaming baharu iaitu Predator Helios 300. Ia dilengkapi pemproses Intel Core Gen-10 dan NVIDIA GeForce RTX 2060. Dengan setiap pembelian Predator Helios 300, Acer memberikan potongan harga RM100 dengan harga promosi RM4,499 berbanding harga asal RM4,599.


Tidak hanya itu, hadiah percuma juga disertakan bagi setiap pembelian komputer riba gaming ini. Antaranya termasuk Predator Mousepad dan Flask. T-shirt, Predator Cap dan RM50 Touch 'n Go juga boleh ditebus melalui a-redemption.com.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Acer Day 2020, layari halaman Facebook Acer Malaysia.