Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer AI TransBuds

Gajet Baharu Acer Macam Google Translate, Tapi Lebih Laju & Mudah Diguna

Diterbitkan Mei 20, 2025 oleh Amsyar Latif

Acer AI TransBuds mencuri perhatian di COMPUTEX 2025. Ia adalah fon telinga AI yang mampu terjemah suara secara masa nyata dalam 15 bahasa, hanya dengan satu pengguna memakainya.

Tak perlu buka aplikasi atau taip ayat, terus bercakap dan ia terjemah secara automatik. Sesuai untuk melancong, mesyuarat atau belajar bahasa.

Acer FreeSense Ring

Selain itu, Acer juga perkenal FreeSense Ring, iaitu cincin pintar dari titanium ringan, lengkap dengan pemantauan kadar jantung, oksigen darah dan tidur. Data dianalisis oleh aplikasi dan beri panduan kesihatan tanpa bayaran langganan.

Acer eMobility

Turut dipamerkan ialah barisan e-scooter dan e-bike terbaru seperti Predator Storm dan Thunder Series, lengkap dengan motor sehingga 500W, brek adaptif dan kawalan penuh melalui aplikasi Acer eMobility. Direka untuk penunggang urban dan rekreasi, dengan ciri keselamatan pintar terbina.

Melaluinya, Acer buktikan mereka bukan sekadar jenama PC tetapi sedang serius ke arah gaya hidup AI dan mobiliti pintar.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Acer Aspire 7, Laptop Gaming Mampu Milik Terbaru Berharga RM3,299
  • Acer Nitro Mobile Gaming Controller Tiba Di Malaysia, Sokong iPhone Dan Android Terkini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY