Walaubagaimanapun Huawei masih dibenarkan berurusan dengan syarikat A.S tetapi dengan beberapa sekatan.
Sebelum ini telah dilaporkan berkenaan dakwaan yang mengatakan kerajaan A.S masih mengekalkan Huawei dalam senarai entiti di Jabatan Perdagangan A.S.
Hari ini, pengumuman yang dibuat oleh Setiausaha Jabatan Perdagangan A.S, Wilbur Ross di Washington telah mengesahkan berkenaan dakwaan tersebut.
Walaubagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa Syarikat A.S masih dibenarkan menjual peralatan teknologi mereka kepada Huawei, tetapi dengan syarat mereka perlulah mendapatkan lesen dari pihak Jabatan Perdagangan terlebih dulu serta tidak melibatkan sebarang urusan yang disyaki mengancam keselamatan negara A.S.
"Huawei itself remains on the Entity List, and the announcement does not change the scope of items requiring licenses from the Commerce Department, nor the presumption of denial," Wilbur Ross, Setiausaha Jabatan Perdagangan A.S.
Penasihat ekonomi Trump, Larry Kudlow pula menjelaskan, lesen yang diberikan itu adalah sebagai masa bertenang buat tempoh terhad sementara perbincangan perdagangan dua hala antara A.S dan China berlangsung.
Bermakna, lesen yang dikeluarkan kepada mana-mana syarikat A.S untuk berurusan dengan Huawei itu boleh dibatalkan pada bila-bila masa sekiranya perbincangan tersebut tidak berjalan dengan lancar.
Sejak 16 Mei tahun ini, Biro Keselamatan dan Industri (BIS) A.S telah memasukkan Huawei Technologies iaitu syarikat penyedia peralatan telekomunikasi terbesar di dunia yang berpangkalan di China serta 68 lagi rangkaian sekutunya telah dimasukkan dalam senarai entiti Jabatan Perdagangan A.S.
Ini kerana mereka dikaitkan dengan isu yang dikatakan mampu memberi ancaman terhadap keselamatan kerajaan Amerika Syarikat.
Sumber: CNET
Berkaitan
- Dapatkan HUAWEI Band 8 Pada Harga Serendah RM149 Eksklusif Di Lazada
- Huawei Nova 5T Kini Ditawarkan Pilihan Warna Crush Green
- HUAWEI P60 Pro Dan Barisan Produk Lain Bakal Dilancarkan Di Malaysia 11 Mei Ini
- Microsoft Memberhentikan Jualan Komputer Riba Huawei Dari Laman Rasmi Mereka
- HUAWEI FreeBuds SE 2 Dilancar, Lebih Ringan, Kompak Dan Bateri Tahan Sehingga 40 Jam
- Pengilang Foxconn Dilapor Menghentikan Sementara Pengeluaran Telefon Pintar Huawei
- Jualan iPhone XR Menewaskan Oppo, Samsung, Xiaomi Dan Huawei
- Huawei Menjelaskan Program "Exclusive Ownership" Siri HUAWEI Mate30 Pro
- Akibat Jual Lebih 7 Juta 'Hard Disk' Kepada Huawei, Seagate Didenda RM1.3 Bilion
- Tempahan EV Dapat Lambat, Huawei Akan Bayar Pelanggan ~RM132/hari