Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Apple Sahkan Acara 10 September – iPhone 18 Pro, iPhone Boleh Lipat Dijangka Diperkenalkan

Apple kini mengesahkan acara tahunannya akan berlangsung pada 10 September 2026, jam 1.00 pagi waktu Malaysia (MYT). Acara tahunan yang biasanya menjadi pentas untuk pengenalan iPhone baharu itu akan diadakan secara bersemuka dengan kehadiran beberapa wakil media terpilih. Apple turut menggunakan slogan “Surprise and shine” untuk acara kali ini. Walaupun Apple belum mendedahkan produk yang akan…

Rockstar Akhirnya Bersuara Mengenai Kebocoran GTA 6, Akui “Amat Mendukacitakan”

Rockstar Games akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung siri kebocoran rakaman gameplay Grand Theft Auto VI (GTA 6) yang tersebar sejak beberapa hari lalu. Rockstar menyifatkan insiden tersebut sebagai sesuatu yang “amat mendukacitakan” buat pasukan pembangunnya, malah mengakui bahawa ungkapan itu masih terlalu sederhana. Dalam kenyataan tersebut, Rockstar berkata penyebaran rakaman permainan dalam keadaan sebegitu bukan cara…

Carta Muzik Utama Australia Haramkan Lagu Dijana Sepenuhnya Oleh AI

Muzik yang dihasilkan sepenuhnya menggunakan kecerdasan buatan (AI) tidak lagi layak disenaraikan dalam carta muzik utama Australia menerusi garis panduan baharu yang bertujuan melindungi “sifat kemanusiaan dalam seni”. Di bawah peraturan baharu yang mula berkuat kuasa pada Jumaat, sesebuah muzik perlu dihasilkan “sebahagian besarnya oleh manusia” untuk layak memasuki carta, menurut Australian Recording Industry Association…

Setel Gagal Patuhi Keperluan Sekatan Kewangan Bersasar, BNM Kenakan Penalti RM637,500

Setel Ventures Sdn. Bhd. (Setel) dikenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) sebanyak RM637,500 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) selepas gagal mematuhi beberapa keperluan berkaitan sekatan kewangan bersasar. BNM berkata penalti itu dikenakan pada 15 April 2026 selepas mendapati Setel, sebagai institusi pelapor (RI), tidak melaksanakan beberapa proses yang diwajibkan untuk menyaring pangkalan data pelanggannya berdasarkan Senarai Domestik….

Perisian Hasad Kini Dikesan Menyerang Sistem Info Hiburan Dan Navigasi Dalam Kenderaan

Kaspersky baru-baru ini mendedahkan kewujudan malware Android baharu yang menyasarkan sistem info hiburan dan navigasi dalam kenderaan. Serangan ini dikesan berlaku pada Jun 2026 melalui kemas kini perisian daripada DoFun, sebuah vendor berpangkalan di Hong Kong.  Malware tersebut muncul sebagai aplikasi bernama JarService, yang dipasang seperti aplikasi biasa tetapi tanpa antara muka pengguna.  Ia menggunakan…

vivo V80 Lite 5G Dengan Bateri 10,000mAh Cipta Rekod Guinness, Bakal Tiba Di Malaysia

vivo V80 Lite 5G bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 3 September 2026, dengan antara tarikan utamanya ialah bateri BlueVolt berkapasiti besar 10,000mAh. Menjelang pelancarannya, peranti tersebut berjaya mencipta rekod baharu GUINNESS WORLD RECORDS bagi kategori siaran langsung ujian produk elektronik paling lama dengan tempoh 32 jam 37 minit. Rekod berkenaan dilakukan oleh pasukan…

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 5,750
  • Next
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress