Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perisian Hasad Kini Dikesan Menyerang Sistem Info Hiburan Dan Navigasi Dalam Kenderaan

Perisian Hasad Kini Dikesan Menyerang Sistem Info Hiburan Dan Navigasi Dalam Kenderaan

Diterbitkan Ogos 26, 2026 · Dikemas kini Ogos 26, 2026 oleh ariff bukhari

Kaspersky baru-baru ini mendedahkan kewujudan malware Android baharu yang menyasarkan sistem info hiburan dan navigasi dalam kenderaan.

Serangan ini dikesan berlaku pada Jun 2026 melalui kemas kini perisian daripada DoFun, sebuah vendor berpangkalan di Hong Kong. 

Malware tersebut muncul sebagai aplikasi bernama JarService, yang dipasang seperti aplikasi biasa tetapi tanpa antara muka pengguna. 

Ia menggunakan aplikasi sah TWCore untuk menyebarkan kod berbahaya, menunjukkan kemungkinan sistem IT DoFun telah digodam.

Berbeza dengan malware telefon pintar yang mencuri data sensitif, versi ini bertujuan menjadikan sistem info hiburan dalam  kereta sebagai sebahagian daripada rangkaian botnet.

Ia mampu melaksanakan sembilan arahan, termasuk memuat turun kod dan membuka pautan, dipercayai untuk tujuan penipuan iklan dalam talian.

Ekoran penemuan itu, pihak Kaspersky telah memaklumkan DoFun, dan syarikat itu mendakwa telah membaiki kelemahan keselamatan tersebut. 

Analisis turut menunjukkan kaitan dengan rangkaian BadBox, ancaman Android yang sebelum ini ditemui pada jutaan peranti penstriman dan projektor.

Kes ini juga merupakan insiden kali pertama melibatkan malware Android menjangkiti sistem kereta, sekali gus menimbulkan kebimbangan baharu terhadap keselamatan kenderaan pintar.

Ia membuktikan bahawa penjenayah siber kini meluaskan sasaran mereka daripada telefon pintar kepada ekosistem automotif yang semakin terhubung.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Microsoft Ikut Apple, Uji Ciri Tetapan RAM Secara Manual Dalam Windows 11
  • Nothing OS 5.0 Diumumkan Dengan Android 17 - Ini Sejumlah Ciri Baharu Yang Ditawarkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY