Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Main KV

vivo V80 Lite 5G Dengan Bateri 10,000mAh Cipta Rekod Guinness, Bakal Tiba Di Malaysia

Diterbitkan Ogos 26, 2026 oleh Amsyar Latif

vivo V80 Lite 5G bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 3 September 2026, dengan antara tarikan utamanya ialah bateri BlueVolt berkapasiti besar 10,000mAh.

Menjelang pelancarannya, peranti tersebut berjaya mencipta rekod baharu GUINNESS WORLD RECORDS bagi kategori siaran langsung ujian produk elektronik paling lama dengan tempoh 32 jam 37 minit.

Rekod berkenaan dilakukan oleh pasukan vivo V80 Lite 5G dari China dan disahkan di Chiang Mai, Thailand pada 11 Ogos lalu.

Sepanjang tempoh tersebut, telefon berkenaan menjalani ujian berpanjangan bagi memperlihatkan ketahanan baterinya dalam penggunaan dunia sebenar.

Menurut vivo, bateri BlueVolt 10,000mAh pada V80 Lite 5G merupakan bateri terbesar pernah digunakan pada telefon pintarnya.

Ia turut direka untuk membekalkan kuasa secara stabil pada suhu sehingga 45°C, termasuk bagi penggunaan dalam keadaan cuaca panas.

KV 2

Bersempena ketibaannya, vivo Malaysia akan mengadakan Glass Box Showcase di Lot 10, Bukit Bintang bermula 29 Ogos hingga 3 September, dengan pelancaran rasmi berlangsung pada hari terakhir.

Pra-tempahan vivo V80 Lite 5G turut disertakan hadiah bernilai sehingga RM1,145, termasuk projektor pintar, beg galas, V Selection Earbuds dan pemegang kad.

Pembeli juga menerima vivo Care yang merangkumi jaminan bateri empat tahun, tambahan jaminan selama 365 hari serta perlindungan penutup belakang selama setahun.

Pre-order KV

Berkaitan

  • vivo Buka Kedai Konsep Pengimejan Di Sunway Velocity – Tawar Kombo 'Buy 1 Free 5' Bernilai RM999+
  • vivo Malaysia Ajak Rakyat Malaysia Rakam Mercu Tanda Ikonik Dari Perspektif Baharu Sempena Merdeka

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY