Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Setel Gagal Patuhi Keperluan Sekatan Kewangan Bersasar, BNM Kenakan Penalti RM637,500

Setel Gagal Patuhi Keperluan Sekatan Kewangan Bersasar, BNM Kenakan Penalti RM637,500

Diterbitkan Ogos 26, 2026 · Dikemas kini September 2, 2026 oleh Amalina Athman

Setel Ventures Sdn. Bhd. (Setel) dikenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) sebanyak RM637,500 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) selepas gagal mematuhi beberapa keperluan berkaitan sekatan kewangan bersasar.

BNM berkata penalti itu dikenakan pada 15 April 2026 selepas mendapati Setel, sebagai institusi pelapor (RI), tidak melaksanakan beberapa proses yang diwajibkan untuk menyaring pangkalan data pelanggannya berdasarkan Senarai Domestik.

Di bawah keperluan tersebut, Setel perlu mengemas kini pangkalan data sekatan tanpa berlengah sebaik sahaja Senarai Domestik diterbitkan. Setel juga perlu menjalankan saringan sekatan terhadap keseluruhan pangkalan data pelanggan berdasarkan Senarai Domestik dan mengenal pasti sama ada mana-mana padanan berpotensi merupakan padanan tepat.

Bagaimanapun, BNM mendapati Setel gagal mengemas kini pangkalan data sekatan sebaik sahaja Senarai Domestik diterbitkan. Setel juga gagal melakukan saringan sekatan terhadap senarai pelanggan dalam pangkalan data dan seterusnya gagal untuk menentukan sama ada padanan berpotensi itu merupakan padanan tepat.

Menurut BNM, ketidakpatuhan tersebut berpunca daripada kelemahan dalam prosedur operasi standard (SOP) dan sistem saringan sekatan yang digunakan oleh Setel. Ketidakpatuhan berkenaan dikesan susulan laporan Setel mengenai beberapa individu atau entiti yang ditentukan, sebelum BNM menjalankan penilaian lanjut.

Susulan penemuan tersebut, Setel mengambil langkah pemulihan dengan mengemas kini dan memperbaiki SOP, selain menambah baik sistem dalaman bagi memastikan keperluan sekatan kewangan bersasar dapat dipatuhi.

BNM telah mengenakan tindakan penguatkuasaan ke atas 2 institusi kewangan dan 1 pengeluar wang elektronik.

Baca notis di https://t.co/mLEekLtrB9 pic.twitter.com/ROrdKAbPrK

— Bank Negara Malaysia (@BNM_official) August 26, 2026

 

Dalam menentukan keputusan untuk mengenakan penalti, BNM turut mengambil kira beberapa faktor termasuk tahap keseriusan ketidakpatuhan, kekurangan usaha wajar Setel dalam memastikan pematuhan, rekod pematuhan sebelum ini serta tindakan yang diambil selepas ketidakpatuhan tersebut berlaku.

Penalti sebanyak RM637,500 itu kemudiannya telah dibayar oleh Setel pada 6 Mei 2026.

Pada masa sama, BNM menegaskan semua institusi pelapor perlu mengekalkan tahap komitmen yang tinggi terhadap pematuhan keperluan sekatan kewangan bersasar. Sekiranya keperluan undang-undang atau pengawalseliaan tidak dipenuhi, BNM berkata tindakan penyeliaan atau penguatkuasaan yang sewajarnya boleh diambil.

Dalam kenyataan berasingan, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) yang merupakan syarikat induk Setel berkata perkara berkenaan dikenal pasti melalui semakan dalaman Setel pada akhir 2023. Selepas mengenal pasti isu tersebut, Setel memaklumkannya kepada BNM dan terus bekerjasama dengan pengawal selia sepanjang proses semakan.

PDB turut menjelaskan bahawa perkara berkenaan tidak melibatkan sebarang transaksi pelanggan atau menjejaskan dana pelanggan.

Petronas Setel
Kredit: Petronas Dagangan Berhad

Setel juga telah melaksanakan langkah pemulihan yang diperlukan bagi menangani kelemahan yang dikenal pasti, selain memperkukuh proses dan kawalan dalaman. Menurut PDB, penambahbaikan tersebut kini telah diterapkan sepenuhnya dalam operasi semasa bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap keperluan pengawalseliaan.

Berkaitan

  • Pengguna Setel Kini Boleh Tambah Nilai Secara Tunai Di Stesen Petronas
  • Setel Perkenal Ciri Pembayaran Bil Dalam Aplikasi
  • Setel Perkenal Langganan 'Setel Savers' - Lebih Ganjaran, Percubaan Percuma 2 Bulan
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga Sekitar RM40 Ribu
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
  • Jualan Tiket Bas Ekspres Hanya Melalui Terminal Berlesen Mulai 1 November
©2026 WISER.MY