Instagram memperkenalkan reka bentuk baharu untuk wordmark atau logo tulisan jenamanya, menggantikan reka bentuk yang telah digunakan selama hampir sedekad. Perubahan tersebut melibatkan tulisan “Instagram” yang biasanya kelihatan di bahagian atas aplikasi. Bagaimanapun, ikon aplikasi Instagram dengan reka bentuk kamera dan warna gradien yang dikenali ramai tidak berubah. Ketua Instagram, Adam Mosseri berkata wordmark berkenaan…
ECRL Mula Ujian Integrasi Sistem, ‘Fault-Free Run’ – Disasar Mula Operasi Lebih Awal Disember Ini
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini memasuki fasa penting sebelum mula beroperasi, dengan System Integration Testing (SIT) dan Fault-Free Run (FFR) dimulakan bagi jajaran sepanjang 665 kilometer dari Kota Bharu ke Gombak. Setakat Julai 2026, kemajuan keseluruhan ECRL Fasa 1 telah mencapai 95.08%. Bekalan elektrik juga telah diaktifkan di kesemua 10 stesen penyuap (Feeder…
Bukan Jurutera Sahaja, Graduan Sains Sukan Juga Boleh Bergelar Ts.
Ramai mungkin biasa melihat gelaran Ts. digunakan oleh individu yang berkecimpung dalam bidang teknologi dan kejuruteraan. Namun, bagaimana pula jika seseorang itu merupakan graduan Sains Sukan dan Sains Kesihatan? Perkara tersebut mungkin kedengaran agak luar biasa, tetapi pengalaman Ts. Dr. Hadafi Fitri Mohd Latip dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menunjukkan bagaimana bidang Sains Sukan sebenarnya…
Syarikat Dari China Ini Pintas Micron Dan Kioxia Dalam Pasaran Memori NAND
Industri semikonduktor menyaksikan lonjakan besar apabila enterprise SSDs (eSSDs) melonjak kepada 48% daripada keseluruhan penghantaran NAND global pada suku kedua 2026. Peningkatan ini hampir dua kali ganda berbanding tahun lalu, didorong oleh permintaan tinggi daripada beban kerja AI yang beralih daripada latihan (training) kepada inferens (inference). Peralihan ini menuntut storan berkelajuan tinggi dan penggunaan kuasa…
Pelanggan Astro Boleh Tonton Semua Saluran Secara Percuma – Bermula 15 Ogos Hingga 16 September
Astro bakal membuka akses kepada semua saluran secara percuma kepada pelanggannya mulai 15 Ogos hingga 16 September 2026, bersempena sambutan ulang tahun ke-30 Astro dan Hari Kebangsaan. Dalam tempoh tersebut, pelanggan juga boleh menikmati dua saluran khas iaitu Astro 30 di Saluran 100 dan Aniplus di Saluran 120. Astro 30 akan tersedia sehingga 31 Oktober…
ChatGPT Boleh Ingat Apa Yang Anda Buat Di Mac Dengan Computer History
OpenAI memperkenalkan ciri Computer History untuk aplikasi desktop ChatGPT di macOS, membolehkan ChatGPT dan Codex menggunakan aktiviti terkini pengguna di komputer sebagai memori dan konteks untuk tugasan seterusnya. Menurut OpenAI, Computer History boleh merekod interaksi daripada aplikasi dan laman web yang dibenarkan pengguna. Antaranya termasuk klik, input papan kekunci, pintasan papan kekunci dan pertukaran antara…
