ASUS memperkenalkan sebuah inovasi pintar yang mampu mengubah basikal biasa menjadi e-bike moden tanpa perlu ubah suai besar. Dikenali sebagai ASUS Oxiis E250G1 Intelligent Bike Booster, ia adalah sebuah peranti dengan sistem motor pacuan geseran universal yang mengubah mana-mana basikal konvensional menjadi basikal elektrik pintar yang memberikan pecutan segera, membantu mendaki bukit, dan menambah keselamatan…
Ini Sebab Harga EV China Jauh Lebih Murah, Sukar Ditandingi Negara Lain
China kini muncul sebagai antara pusat pengeluaran kereta paling kompetitif dari segi kos di dunia, khususnya bagi kenderaan elektrik (EV). Salah satu faktor terbesarnya ialah skala pengeluaran yang sangat besar. Sesetengah kilang EV di China mampu menghasilkan lebih sejuta kenderaan setahun, jauh mengatasi kebanyakan kilang di negara lain. Menurut laporan Global EV Outlook 2026, apabila…
Sabah Antara Lokasi Percubaan Internet Satelit Terus Ke Telefon Menerusi JENDELA Fasa 2 – Fahmi
Teknologi internet satelit terus ke peranti atau direct-to-device (D2D) bakal diuji di beberapa lokasi di Sabah menerusi pelaksanaan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa Dua. Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata beberapa lokasi yang bersesuaian akan dikenal pasti bagi menjalankan proof of concept teknologi berkenaan, yang membolehkan sambungan internet dipancarkan terus ke telefon bimbit melalui…
CEO Take-Two Ramal Kita Akan ‘Streaming Game’ Dalam Tempoh Tiga Tahun
Industri permainan video mungkin semakin menghampiri masa depan di mana pemain tidak lagi perlu bergantung sepenuhnya kepada konsol atau PC berkuasa untuk bermain game. Ketua Pegawai Eksekutif Take-Two Interactive, Strauss Zelnick, meramalkan teknologi penstriman permainan akan mencapai tahap komersial dalam tempoh kira-kira tiga tahun. Dalam satu kenyataan yang dikongsikan kotaku, Zelnick berkata perkembangan teknologi penstriman…
Microsoft Mengalah Isu Pasang Ciri Baru OneDrive Ke Dalam Windows 11 Tanpa Kebenaran
Selepas dikritik hebat berkaitan isu ciri baharu OneDrive Photos dalam Windows 11 tanpa kebenaran pentadbir IT, Microsoft akhirnya terpaksa mengalah. Microsoft kini telah mula mempercepatkan usaha menambah dua ciri penting bagi mengembalikan kuasa kepada pengguna dan pentadbir. Pertama, mereka akan melancarkan kawalan baharu yang membolehkan pentadbir menentukan sama ada pengguna boleh log masuk menggunakan akaun…
JomChargeX Diperkenal, Tawar Pengecasan EV Sehingga 1,200kW, 20% Ke 70% Dalam 5 Minit
JomCharge memperkenalkan JomChargeX, jenama baharu yang memfokuskan kepada pengecasan ultra pantas untuk kenderaan elektrik (EV) dengan kuasa pengecasan antara 200 kW hingga 1,200 kW. Pada kuasa maksimum, pengecas JomChargeX yang akan digunakan kelak mampu mengecas EV 1,000V daripada 20% kepada 70% dalam masa sekitar lima minit, menurut JomCharge. JomCharge kini mengendalikan lebih 1,000 titik pengecasan…
