Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengguna Linux Di Malaysia Meningkat Dalam Tempoh 3 Bulan Ini

Penguasaan sasaran sistem operasi Linux di Malaysia menunjukkan peningkatan yang menarik dalam tempoh 3 bulan ini iaitu dari bulan Mei sehingga Julai 2026. Berdasarkan data daripada StatCounter, pengguna Linux di Malaysia dari 1.47% bahagian pasaran pada Mei 2026, meningkat sedikit kepada 1.81% (Jun 2026) dan kepada 2.02% (Julai 2026). Windows pula walaupun penggunanya menurun di…

OpenAI Sangkal Dakwaan Apple Berkaitan Rahsia Dagangan, Dedah Kronologi Sebenar

OpenAI tampil mempertahankan diri susulan saman yang difailkan Apple dengan mendakwa beberapa dakwaan syarikat itu tidak tepat. Dalam satu kenyataan rasmi, OpenAI menyifatkan tindakan undang-undang tersebut sebagai cuai, agresif dan tidak mencerminkan reputasi Apple yang terkenal dengan perhatian sangat teliti terhadap setiap perincian. Bagi menyokong pendiriannya, OpenAI turut menerbitkan salinan e-mel serta mesej yang didakwa…

Komputer Bajet Pelbagai Jenama Dilaporkan Mula Guna DRAM Buatan China

Kekurangan cip memori global yang dicetuskan oleh kebangkitan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) kini memaksa gergasi komputer seperti HP, Asus, dan Acer mula beralih menggunakan cip DRAM daripada syarikat China, ChangXin Memory Technologies (CXMT). Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan pengeluaran komputer ribak mereka. Walaupun penggunaan ini masih terhad kepada model komputer bajet untuk pasaran luar…

ASUS Perkenal Casing PC Baharu Dengan Kaca Melengkung Gred Aeroangkasa

ASUS telah mengumumkan Prime AP304, sebuah casing PC yang menggabungkan gaya moden dengan fungsi canggih. Prime AP304 ialah sarung PC ATX panorama yang menampilkan panel kaca melengkung yang dibalut dari hadapan ke sisi, memberikan pandangan panorama terhadap komponen dalaman melalui proses pembuatan bertaraf aeroangkasa. Malah lubang lubang dipatenkan untuk penyejukan kad grafik dan jalur lampu…

Kerajaan Kaji Caj Ke Atas Jualan EV Untuk Biaya Rangkaian Pengecas Awam

Kerajaan sedang mempertimbangkan mekanisme untuk mengenakan caj ke atas setiap kenderaan elektrik (EV) yang dijual bagi mewujudkan tabung pembinaan rangkaian pengecas awam di seluruh negara. Memetik laporan Bernama, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata langkah itu sedang diperhalusi susulan kekangan kerajaan untuk membiayai pembangunan rangkaian pengecas awam secara berskala besar…

Zeekr Malaysia Perkenal Waranti Lanjutan, Pengecasan RM1.20/kWh Sempena 5,000 Penghantaran EV

Zeekr Malaysia meraikan pencapaian 5,000 penghantaran kenderaan elektrik (EV) di negara ini dengan mengumumkan beberapa inisiatif baharu bagi meningkatkan pengalaman pemilikan pelanggan. Antara yang diperkenalkan ialah Program Waranti Lanjutan (Extended Warranty Programme) yang kini ditawarkan kepada pemilik baharu dalam tempoh tujuh hari selepas menerima kenderaan. Menariknya, pemilik Zeekr sedia ada turut diberi peluang membeli pakej…

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 5,713
  • Next
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress