Pasaran telefon pintar global dijangka mengalami penurunan penghantaran sebanyak 12.2% pada tahun 2026, dengan jumlah unit hanya sekitar 1.093 bilion. Namun begitu, laporan terkini Omdia meramalkan, purata harga jualan telefon pintar global (ASP) diramalkan meningkat daripada $467 (~RM1,900) pada tahun 2025 kepada $565 (~RM2,300) pada tahun 2026. Lonjakan 21% ini – bersamaan dengan $98 (~RM406)…
AI Hidupkan Suara Michael Caine Baca Karya Epik ‘The Odyssey’
Sebuah buku audio baharu untuk karya epik Homer, “The Odyssey”, yang dibacakan oleh versi kecerdasan buatan (AI) pelakon Michael Caine telah dilancarkan pada Selasa, hanya beberapa minggu sebelum tayangan perdana filem adaptasi arahan Christopher Nolan. Rakaman sepanjang 13 jam itu menampilkan suara pelakon veteran British berusia 93 tahun tersebut — bintang filem “The Italian Job”…
Pengguna iPhone Kini Boleh Sertai Google Meet Terus Melalui Safari
Google kini memudahkan pengguna iOS menyertai Google Meet tanpa perlu memasang aplikasi Gmail atau Google Meet terlebih dahulu. Melalui kemas kini terbaharu ini, pautan Google Meet boleh dibuka terus menggunakan pelayar Safari pada peranti iOS. Sebelum ini, pengguna iOS yang tidak memasang aplikasi Gmail atau Google Meet tidak mempunyai pilihan untuk menyertai panggilan melalui peranti…
Tata Electronics Sahkan Insiden Siber, Dokumen Sulit Apple Dan Tesla Didakwa Bocor
Tata Electronics, pembekal utama kepada Apple dan Tesla, mengesahkan berlaku insiden keselamatan siber susulan dakwaan kebocoran dokumen sulit berkaitan kedua-dua syarikat itu di laman web gelap (dark web). Menurut Reuters, pengesahan itu dibuat selepas penyelidik keselamatan mendakwa kumpulan perisian tebusan World Leaks telah memuat naik lebih 200,000 fail bersaiz melebihi 630GB yang dipercayai diperoleh daripada…
Starlink Gantikan Pelan Kediaman Lite Dengan Kediaman 100 Mbps, Harga Turut Naik
Starlink dilihat telah mengemas kini penawaran perkhidmatan internet satelitnya di Malaysia dengan menghentikan pelan Kediaman Lite dan menggantikannya dengan pelan Kediaman 100 Mbps. Pada masa sama, syarikat itu turut menaikkan harga langganan perkhidmatannya. Mula dilaporkan oleh Lowyat.net, semakan pada laman rasmi Starlink menunjukkan pelan Kediaman Lite yang sebelum ini ditawarkan pada harga RM129 sebulan tidak…
Meta Perkenal Meta Glasses, Hadir Dalam Tiga Rekaan Bingkai
Meta kini memperkenalkan Meta Glasses, barisan cermin mata pintar baharu yang dipasarkan di bawah jenamanya sendiri. Walaupun tidak membawa jenama Ray-Ban, Meta masih meneruskan kerjasama dengan EssilorLuxottica bagi membangunkan barisan produk baharu ini. Meta Glasses hadir dalam tiga rekaan bingkai iaitu Adventurer, Fury dan Meta Glasses by Kylie, dengan keseluruhan 26 pilihan gaya yang merangkumi…
