Google dan Energy Dome telah menandatangani kontrak komersial pertama mereka untuk projek bateri CO₂ berskala besar di County Offaly, Ireland. Projek “Bateri CO2” berkapasiti 23MW / 200MWh ini merupakan sebahagian daripada perkongsian jangka panjang kedua-dua syarikat untuk memperluas akses tenaga bersih 24/7 yang selamat dan berpatutan di peringkat global. Teknologi Bateri CO2 milik Energy Dome…
Samsung Dilapor Jadi Pembekal Skrin Eksklusif Untuk iPhone ‘Fold’
Samsung dilaporkan telah mendapat kelulusan daripada Apple untuk memulakan pengeluaran komersial modul paparan OLED boleh lipat bagi iPhone lipat pertama mereka. Menurut laporan daripada The Elec, kelulusan ini diberikan selepas Samsung berjaya melepasi ujian kelayakan pengeluaran modul (module production approval) yang sangat ketat. Apple menetapkan syarat di mana pembekal perlu mencapai kadar hasil (yield rate)…
Dashcam Ini Didapati Siar Lokasi Dan Rakaman Video Secara Langsung Kepada Umum
Isu keselamatan siber melibatkan kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) menjadi perhatian apabila dashcam jenama BlackVue dari Australia didapati menyiarkan lokasi dan rakaman video pengguna secara langsung kepada umum melalui aplikasi rasminya. Fungsi ini membolehkan sesiapa sahaja melihat lokasi keberadaan kenderaan, lengkap dengan kelajuan, lokasi jalan, malah audio perbualan dalam kereta. Walaupun BlackVue menekankan bahawa ciri…
Meta Lantik Anak Jati India Jadi Bos Baharu WhatsApp
Meta telah melantik pengasas teknologi kewangan (fintech) India, Kunal Shah, sebagai ketua baharu WhatsApp, ketika gergasi teknologi AS itu sedang mencari jalan untuk menjana keuntungan daripada pangkalan pengguna aplikasi pemesejan tersebut yang sangat besar. Pengumuman yang dibuat pada malam Isnin itu turut disertai dengan berita bahawa Meta akan mengetuai pusingan pembiayaan bernilai $900 juta untuk…
vivo Buka Kedai Konsep Pengimejan Di Sunway Velocity – Tawar Kombo ‘Buy 1 Free 5’ Bernilai RM999+
vivo Malaysia mengumumkan pembukaan rasmi Kedai Konsep dengan Zon Pengalaman Pengimejan Imersif di Sunway Velocity Mall pada 27 Jun 2026. Premis yang terletak di lot 3-101 & 3-102 ini menawarkan ruang interaktif untuk orang ramai mencuba inovasi peranti pintar terkini, di samping menyertai sesi perkongsian fotografi siri vivo X300 Ultra dan X300 FE bersama jurugambar…
Pengguna Kini Boleh Cari Produk Di Shopee Terus Melalui ChatGPT
Pengguna Shopee kini boleh mencari produk secara terus melalui ChatGPT selepas Sea dan OpenAI mengumumkan kerjasama strategik baharu yang membawa integrasi platform e-dagang itu ke dalam chatbot AI berkenaan. Ciri tersebut kini tersedia untuk pengguna di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Taiwan, Vietnam dan Brazil. Dengan pelancarannya, Shopee menjadi platform e-dagang pertama yang tersedia dalam…
