Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

iPhone Kini Sokong Google Live Translate Untuk Semua Fon Kepala

Sebelum ini, Apple telah pun memperkenalkan Live Translation tapi ia hanya berfungsi dalam ekosistem Apple menerusi barisan produk mereka termasuklah AirPods 4 (ANC), AirPods Pro 2/3, iPhone 15 Pro ke atas, iOS 26+, berserta dengan Apple Intelligence yang diaktifkan. Tetapi kini, Google melancarkan Live Translate yang lebih fleksibel, menyokong sebarang fon kepala yang bersambung dengan…

Meta Mula Uji Langganan Premium ‘Instagram Plus’

Pada Januari lalu, Meta mendedahkan perancangannya untuk menguji versi berbayar bagi Instagram, WhatsApp dan Facebook. Kini, langganan premium untuk Instagram dilaporkan sudah mula diuji di beberapa pasaran terpilih. Langganan yang dikenali sebagai Instagram Plus ini memberikan akses kepada pelbagai ciri tambahan untuk pengguna. Antara ciri yang diperkenalkan termasuk keupayaan untuk melihat Instagram Story tanpa pengetahuan…

Pengguna PC Dilapor Lebih Kerap Alami Isu OS Berbanding Mac

Windows masih menjadi pilihan utama organisasi kerana kos lebih rendah dan kesetiaan kepada jenama OEM seperti Dell, Lenovo dan HP. Namun, laporan terbaharu Omnissa mendedahkan perbezaan ketara antara prestasi Windows dan Mac dalam persekitaran perusahaan. Data menunjukkan komputer Windows mengalami lebih banyak masalah kestabilan berbanding Mac di mana Windows 7.5 kali ganda lebih banyak aplikasi…

40 Spesies Burung Termasuk Dari Filem Harry Potter Kini Di Bawah Perlindungan Antarabangsa

Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pemuliharaan Spesies Migrasi Haiwan Liar (CMS) pada Ahad meluluskan penyenaraian 40 spesies baharu untuk perlindungan antarabangsa, termasuk burung hantu salji yang terkenal dalam siri Harry Potter. Keputusan itu dibuat pada penghujung sidang kemuncak COP15 mengenai spesies migrasi di Campo Verde, Brazil, yang menghimpunkan wakil dari 132 negara serta Kesatuan Eropah….

Harga RAM DDR5 Dilaporkan Mula Menurun

Harga RAM DDR5 yang sebelum ini melonjak akibat permintaan tinggi daripada syarikat AI kini menunjukkan tanda penurunan. Laporan menyebut, faktor utama penurunan ini berlaku selepas kegagalan OpenAI membeli 40% bekalan wafer DRAM dunia daripada Samsung dan SK Hynix, sekali gus mengurangkan tekanan pasaran. Selain itu, Google yang baru saja memperkenalkan algoritma yang dikenali sebagai TurboQuant…

Sistem NIISe Dilaksana Secara Berperingkat Bermula 31 Mac 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melaksanakan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) secara berperingkat di semua pintu masuk udara, darat dan laut negara, bermula 31 Mac 2026. Pelaksanaan ini akan dimulakan secara rintis di lokasi terpilih, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada 31 Mac 2026, diikuti Kompleks ICQS Bukit Bunga (31 Mei 2026) dan Terminal Feri…

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 5,514
  • Next
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress