Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

NVIDIA Perkenal NemoClaw Untuk Komuniti OpenClaw

Nvidia kini memperkenalkan NemoClaw, stack sumber terbuka yang menambah kawalan privasi dan keselamatan pada OpenClaw. NemoClaw menggunakan perisian Nvidia Agent Toolkit untuk mengoptimumkan OpenClaw dalam satu arahan, dan memasang OpenShell untuk menyediakan model terbuka serta sandbox tersendiri. Ia membolehkan ejen autonomi mengakses data dengan selamat, sambil memastikan kawalan polisi, keselamatan rangkaian, dan privasi terjaga. Menurut Nvidia,…

AI Tetap Bukan Tandingan Kreativiti Manusia – Hollywood

Kecerdasan buatan (AI) sedang mengubah Hollywood pada kadar yang pantas sehingga menggegarkan industri kreatif, namun kreativiti manusia akan sentiasa mengatasi teknologi itu, kata seorang eksekutif utama kepada AFP. Perubahan ini menjadi tema utama pada persidangan South by Southwest minggu ini di Austin, Texas, di mana pengarah veteran Steven Spielberg menegaskan pendiriannya. “Saya belum pernah menggunakan…

Pemain Pokémon GO Sebenarnya Membantu Melatih AI

Dilancarkan pada tahun 2016, Pokémon GO menjadi fenomena global hampir serta-merta dan sering dianggap sebagai permainan augmented reality (AR) atau realiti terimbuh pertama yang benar-benar berjaya secara besar-besaran. Ia menggabungkan dunia sebenar dengan elemen digital, membolehkan pemain menangkap Pokémon di lokasi sebenar menggunakan kamera telefon. Pada kemuncaknya, jutaan pemain di seluruh dunia keluar berjalan, meneroka…

UTM Temui Sumber Air Dalam Kampus, Hasilkan Sehingga 1 Juta Liter Sehari

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menemui sumber air bawah tanah yang dinamakan Nadi Bumi di dalam kampus Johor Bahru. Penemuan sumber air di dalam kawasan Hutan Rekreasi UTM ini membolehkan pembinaan telaga akuifer batuan yang mampu menghasilkan sehingga sejuta liter air bersih setiap hari. Projek ini menjadikan UTM universiti pertama di Malaysia yang membangunkan sistem…

7 Universiti Malaysia Berada Dalam Kelompok 10 Universiti ASEAN Terbaik

Times Higher Education (THE) baru-baru ini melancarkan penarafan khusus untuk universiti di Asia Tenggara. Hasilnya menunjukkan bahawa Universiti di Singapura dan Malaysia muncul sebagai peneraju dalam penarafan perintis THE baharu ini. Asia Tenggara, sebuah rantau yang semakin pesat berkembang dalam pendidikan tinggi global menyaksikan Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menduduki dua…

Apple Ambil Alih MotionVFX, Syarikat Di Sebalik ‘Plugin’ Popular Untuk Final Cut Pro

Apple kini mengambil alih MotionVFX, syarikat di sebalik templat dan plugin popular dalam ekosistem Final Cut Pro. Sebagai rujukan, MotionVFX merupakan syarikat perisian dari Poland yang ditubuhkan pada 2009. Syarikat ini menghasilkan plugin, transition, templat dan kesan visual (VFX) berkualiti tinggi untuk suntingan video, khususnya untuk Final Cut Pro, DaVinci Resolve dan Apple Motion. Seperti dilaporkan…

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 5,498
  • Next
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress