Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Hidrogen Didapati Turut Menyumbang Kepada Pemanasan Global

Hidrogen sejak sekian lama dianggap sebagai antara penyelesaian kepada krisis iklim, namun satu kajian memberi amaran bahawa gas itu juga boleh menjadi sebahagian kecil daripada masalah pemanasan global. Penyokong hidrogen berharap ia dapat dihasilkan dan digunakan secara besar-besaran dalam sektor pengangkutan serta industri berat pada masa depan, sekali gus menawarkan alternatif bersih kepada bahan api…

Malaysia Ada Dua Rangkaian 5G Tapi Prestasi Menurun, Apa Puncanya?

Malaysia pernah menjadi antara negara dengan kelajuan 5G terpantas di dunia, namun prestasi kini menurun. Berdasarkan laporan oleh Ookla, median muat turun 5G Malaysia jatuh daripada 451.79 Mbps pada akhir 2023 kepada 242.92 Mbps sahaja menjelang suku ketiga 2025. Menjelaskan keadaan itu, Ookla berkata, “Penurunan kelajuan yang berlaku mencadangkan kematangan rangkaian, apabila fokus beralih daripada…

Oscars Akan Disiarkan Secara Percuma Di YouTube Bermula 2029

Anugerah Akademi, atau lebih dikenali sebagai Oscars, merupakan kemuncak penghargaan bagi pencinta filem, seni dan penceritaan. Kini, YouTube akan bekerjasama dengan Academy of Motion Picture Arts and Sciences untuk membawa acara berprestij itu kepada penonton di seluruh dunia. Bermula 2029 dengan edisi ke-101, Oscars akan disiarkan eksklusif di YouTube secara percuma untuk penonton global, serta…

Apple Dilapor Pertimbang Pemasangan, Pembungkusan Cip iPhone Di India

Apple dilapor sedang mengadakan perbincangan awal dengan beberapa pembekal untuk mengendalikan pemasangan dan pembungkusan cip iPhone di India buat kali pertama. Menurut laporan The Economic Times, perbincangan itu telah dijalankan bersama CG Semi, syarikat semikonduktor yang sedang membangunkan salah satu kemudahan pemasangan dan ujian semikonduktor luar (OSAT) utama di negara itu. “Syarikat-syarikat ini berada pada…

Lembaga Pengarah Warner Bros. Discovery Tolak Tawaran Paramount Bernilai $108.4 Bilion

Lembaga Pengarah Warner Bros. Discovery “sebulat suara” menolak tawaran hostile bid bernilai $108.4 bilion oleh Paramount Skydance, dengan alasan ia gagal memberi jaminan pembiayaan yang mencukupi serta membawa risiko dan kos besar kepada pemegang saham. Dalam satu kenyataan, WBD berkata tawaran tersebut tidak memenuhi kriteria sebagai “Superior Proposal” di bawah terma perjanjian penggabungan Warner Bros….

Microsoft Store Perkenal Tab ‘Themes’ Untuk Mudahkan Windows 11 Diperibadikan

Microsoft memperkenalkan seksyen khas baharu yang memudahkan pengguna mencari rekaan terkini dan popular untuk memperibadikan komputer mereka. Sempena pelancarannya, sebanyak 35 tema baharu ditawarkan untuk pengguna Windows 10 dan Windows 11, sekali gus menambah jumlah keseluruhan kepada lebih 400 tema di Microsoft Store. Setiap tema bukan sekadar menukar latar belakang, tetapi turut menawarkan palet warna…

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 5,387
  • Next
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress