Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Krisis Ulasan Palsu Mengancam Kepercayaan Digital Di Malaysia

Ulasan dalam talian menjadi panduan utama rakyat Malaysia sebelum membuat keputusan membeli atau menempah sesuatu. Kajian oleh Universiti Putra Malaysia sebelum ini menunjukkan keaslian ulasan adalah yang paling mempengaruhi niat pembelian. Namun, menurut laporan World, kepercayaan ini semakin terhakis apabila ruang digital dibanjiri ulasan palsu yang dijana AI, klik-farm, dan manipulasi terancang. Google sendiri telah…

Midea Lancar Robot Dengan 6 Lengan Pertama Di Dunia

Midea memperkenalkan MIRO U, robot humanoid pertama di dunia dengan enam lengan dan reka bentuk kaki beroda. Inovasi robotik ini begitu unik kerana kebanyakan humanoid sebelum ini hanya mempunyai dua lengan dan kaki biasa sahaja. Dengan gabungan enam lengan, MIRO U mampu melakukan pelbagai tugas serentak, manakala sistem roda-kaki memberikannya mobiliti lebih pantas dan fleksibel…

(Ulasan) MSI Titan 18HX – Terpaling ‘Laptop Gaming’, Tapi Kini Era ‘Handheld’

Jika ada laptop yang layak untuk dinobatkan sebagai king, MSI Titan 18 HX AI adalah model yang selayaknya memegang takhta tersebut. Ia merupakan sebuah laptop gaming premium yang direka untuk pengguna yang mahukan prestasi maksimum. Dikuasakan oleh Intel® Core™ Ultra 9 285HX dengan 24 teras dan teknologi Intel AI Boost (NPU), ia mampu mencapai kelajuan…

Siri realme C85 Bakal Dilancar Dengan Teknologi Kalis Air IP69 Pro, Bateri 7000mAh

realme bakal melancarkan Siri realme C85 yang menggabungkan bateri besar dengan prestasi pengecasan pantas serta didatangkan bersama jaminan penuh Water Damage Exchange Guarantee sebagai hadiah. Hadir dengan bateri 7000mAh dan direka dengan ketahanan yang diiktiraf Guinness World Records. Model baharu untuk Siri C telefon ini, direka dengan teknologi kalis air IP69 Pro, kesemua tahap ketahanan…

TMJ Lancar RMJDT, Stablecoin Berasaskan Ringgit Malaysia

Bullish Aim, yang dipengerusikan dan dimiliki Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, kini melancarkan stablecoin RMJDT yang disandarkan Ringgit Malaysia. Stablecoin ini dijalankan pada rangkaian Zetrix (dahulunya MyEG), iaitu blockchain teras Layer-1 yang menyokong Malaysia Blockchain Infrastructure (MBI). RMJDT diperkenalkan di bawah kerangka ‘sandbox’ yang dikawal selia. Menurut pemfailan Zetrix di Bursa Malaysia,…

Australia Kuat Kuasakan Larangan Akaun Media Sosial Pengguna Bawah 16 Tahun

Australia kini mengenakan larangan penggunaan media sosial untuk kanak-kanak bawah 16 tahun, berkuat kuasa 10 Disember 2025. Langkah pertama seumpamanya di dunia ini bertujuan melindungi kanak-kanak daripada ketagihan telefon dan risiko dalam talian. Dengan penguatkuasaan ini, Australia menjadi antara negara terawal yang bertindak tegas mengekang pengaruh besar syarikat teknologi gergasi. Sebahagian besar aplikasi dan laman…

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 5,378
  • Next
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress