Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri realme C85 Bakal Dilancar Dengan Teknologi Kalis Air IP69 Pro, Bateri 7000mAh

Siri realme C85 Bakal Dilancar Dengan Teknologi Kalis Air IP69 Pro, Bateri 7000mAh

Diterbitkan Disember 10, 2025 oleh ainabatrisyia

realme bakal melancarkan Siri realme C85 yang menggabungkan bateri besar dengan prestasi pengecasan pantas serta didatangkan bersama jaminan penuh Water Damage Exchange Guarantee sebagai hadiah.

Hadir dengan bateri 7000mAh dan direka dengan ketahanan yang diiktiraf Guinness World Records. Model baharu untuk Siri C telefon ini, direka dengan teknologi kalis air IP69 Pro, kesemua tahap ketahanan dalam satu.

Bukan itu sahaja, bateri titan yang dibekalkan bersama siri ini mampu memberikan masa penggunaan sehingga dua hari penggunaa berat. Walau tinggal 1% bateri, pengguna masih boleh menikmati 40 minit masa berbual atau 9 jam untuk mod siap sedia. Turut hadir dengan 10W pengecasan berbalik yang membolehkan pengguna menggunakan telefon ini sebagai power bank.

Pengecasan pantas 45W SUPERVOOC mampu mengecas dari 0% ke 50% hanya dalam tempoh bawah 30 minit. Dipadankan pula dengan AI Power Saving, mewujudkan 400mAh boost sekali gus memanjangkan masa panggilan sehingga 2.8 jam, masa main muzik sehingga 6.6 jam serta mod siap sedia sehingga 43.9 jam. Siri ini juga mampu beroperasi dengan baik di bawah suhu -20°C sehingga 53°C.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • realme GT 8 Pro Kini Di Malaysia Dengan Harga RM4,299
  • realme C85 5G Direka Dengan Ketahanan Diiktiraf Guinness World Records

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY