Pihak berkuasa China telah menghalang pemilik TikTok, ByteDance, daripada menggunakan cip Nvidia di pusat data baharu mereka, lapor The Information. Menurut laporan sama, ByteDance membeli lebih banyak cip Nvidia berbanding mana-mana syarikat China lain pada 2025, dalam usaha mendapatkan kuasa pengkomputeran untuk lebih satu bilion penggunanya. Ia susulan kebimbangan bahawa Washington mungkin mengehadkan bekalan. Larangan…
Copilot Tidak Lagi Tersedia WhatsApp Mulai 15 Januari 2026
Microsoft mengumumkan bahawa Copilot akan menghentikan sokongan di WhatsApp, bermula 15 Januari 2026. Selepas tarikh tersebut, perkhidmatan ini tidak lagi akan berfungsi di platform pemesejan itu. Namun, pengguna masih boleh berinteraksi dengan Copilot melalui aplikasi dan platform lain, termasuk aplikasi mudah alih untuk Android atau iOS, web serta Copilot di Windows. Platform-platform ini mengekalkan semua…
Mod Suara ChatGPT Kini Boleh Diakses Terus Dalam Sembang
OpenAI telah mengemas kini ciri suara dalam aplikasi ChatGPT, membolehkan perbualan suara dilakukan terus dalam sesi sembang yang sedang berjalan. Ini bermakna pengguna tidak lagi perlu masuk ke skrin berasingan dengan bulatan biru. Sebaliknya, Mod Suara kini boleh diakses terus dalam sembang. Apabila menggunakan versi baharu ini, Mod Suara ChatGPT akan memaparkan transkrip secara langsung…
POCO Pad X1 Dan Pad M1 Dilancar Dengan Harga Bermula RM1,199
Bagi mengembangkan ekosistem AIoT mereka, POCO kini melancarkan POCO Pad X1 dan POCO Pad M1 yang direka untuk memberikan prestasi terbaik serta pengalaman serba boleh untuk kerja dan hiburan. POCO Pad X1 POCO Pad X1 dikuasakan oleh Snapdragon 7+ Gen 3 dengan 8GB RAM dan 512GB storan. Ia mampu memberikan 120 FPS yang stabil walaupun…
Perodua Acah Imej EV Pertama Mereka Sebelum Pelancaran
Sepertimana semua sedia maklum, Perodua dijangka bakal melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama mereka tidak lama lagi yang dijangka akan dilancarkan pada lewat bulan ini juga. Bagi menghangatkan lagi kemeriahan pelancarannya yang bakal tiba, Perodua telah berkongsikan imej acah EV pertama mereka itu menerusi video pendek berdurasi 10 saat. Walaupun sebelum ini Perodua telah pun mendedahkan…
MyKad Baharu Bakal Dilengkapi Kod QR – Diperkenal Mulai Jun 2026
MyKad generasi baharu bakal dilengkapi ciri keselamatan yang dipertingkat, termasuk kod QR yang membolehkan ketulenan kad disemak secara digital. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata penambahbaikan ini bertujuan menangani isu pemalsuan dan penyalahgunaan identiti, selain memastikan sistem pengenalan negara selari dengan perkembangan teknologi terkini. “Dalam hal ini, ciri-ciri keselamatan yang…
