Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Anthropic Umum Perjanjian Dengan Google Bernilai Puluhan Bilion

Gergasi kecerdasan buatan (AI), Anthropic, pada Khamis mengumumkan bahawa ia akan memperluas penggunaan perkhidmatan komputasi awan Google serta cip khas Tensor Processing Units (TPU) dalam satu perjanjian bernilai puluhan bilion dolar. Menurut syarikat pemula yang berpangkalan di San Francisco itu, perjanjian ini melibatkan pembelian sehingga satu juta unit TPU, iaitu litar bersepadu yang direka khas…

‘Clippy’ Versi Baru, Microsoft Perkenal Avatar Mico

Hampir tiga dekad telah berlalu sejak Clippy, pembantu Microsoft Office muncul di skrin sebagai klip kertas yang agak mengganggu. Kini, Microsoft kembali dengan sesuatu yang baharu melalui pengenalan Mico, avatar untuk pembantu digital AI Copilot. Menurut Microsoft, Mico (yang namanya diambil sempena “Microsoft Copilot”) direka untuk menawarkan kehadiran visual yang mesra dan boleh disesuaikan. Ia…

“Quantum Echoes” – Teknologi Baharu Google Yang Boleh Baca Struktur Molekul Dengan Lebih Tepat

Google hari ini mengumumkan pencapaian baharu dalam bidang pengkomputeran kuantum apabila berjaya menjalankan algoritma yang disahkan lebih pantas daripada superkomputer terpantas dunia. Ia menandakan kali pertama dalam sejarah kelebihan kuantum boleh disahkan atau verifiable quantum advantage berjaya dicapai. Pencapaian ini menggunakan cip kuantum Willow dan algoritma baharu dikenali sebagai Quantum Echoes yang diterbitkan dalam jurnal…

4 Fon Kepala Wayarles+ANC Bunyi Sedap Harga Bawah RM500

Bagi peminat muzik yang kerap berada di luar, fon kepala dengan ciri pembatalan hingar aktif (ANC) pasti akan menjadi pilihan utama. Sama ada anda menaiki tren LRT, mengembara menaiki bas atau ETS, fon kepala dengan teknologi ANC dapat membantu anda  menikmati muzik kegemaran tanpa gangguan bunyi luar yang berpunca daripada persekitaran yang bising dan tiupan…

Kajian Bongkar Mitos Kenderaan PHEV, Tidak “Sehijau” Yang Disangka

Satu laporan terbaru yang diterbitkan oleh Transport and Environment (T&E), mendedahkan bahawa kenderaan plug-in hibrid (PHEV) sebenarnya mengeluarkan pencemaran hampir sama dengan kereta enjin pembakaran dalaman (ICE) konvensional. Analisis terhadap 800,000 kenderaan di Eropah antara 2021 hingga 2023 mendapati pelepasan karbon sebenar PHEV didapati hampir lima kali lebih tinggi daripada keputusan ujian makmal. Walaupun pengeluar…

Teknologi Cermin Mata Baharu Bantu Pulihkan Penglihatan Warga Emas

Satu teknologi implan retina tanpa wayar berjaya memulihkan penglihatan tengah bagi pesakit degenerasi makula berkaitan usia (AMD). Dalam ujian klinikal sistem PRIMAvera melibatkan 38 peserta berusia 60 tahun ke atas di Eropah, 26 pesakit menunjukkan peningkatan ketara dalam ketajaman penglihatan selepas 12 bulan. Implan bersaiz 2×2 mm ini menukar cahaya kepada isyarat elektrik untuk merangsang…

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 5,310
  • Next
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress