Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Teknologi Cermin Mata Baharu Bantu Pulihkan Penglihatan Warga Emas

Teknologi Cermin Mata Baharu Bantu Pulihkan Penglihatan Warga Emas

Diterbitkan Oktober 23, 2025 · Dikemas kini Oktober 23, 2025 oleh ariff bukhari

Satu teknologi implan retina tanpa wayar berjaya memulihkan penglihatan tengah bagi pesakit degenerasi makula berkaitan usia (AMD).

Dalam ujian klinikal sistem PRIMAvera melibatkan 38 peserta berusia 60 tahun ke atas di Eropah, 26 pesakit menunjukkan peningkatan ketara dalam ketajaman penglihatan selepas 12 bulan.

Implan bersaiz 2×2 mm ini menukar cahaya kepada isyarat elektrik untuk merangsang sel retina yang masih berfungsi.

“Ini adalah kali pertama sebarang percubaan pemulihan penglihatan mencapai keputusan sedemikian dalam sejumlah besar pesakit,” kata Sahel, penulis kanan kajian itu dan pengarah Institut Penglihatan University of Pittsburg, School of Medicine (UPMC).

Teknologi Cermin Mata Baharu Bantu Pulihkan Penglihatan Warga Emas
José-Alain Sahel dengan implan PRIMA pada tahun 2018. Kredit: UPMC

Sistem ini menggunakan kamera pada cermin mata khas yang memancarkan imej ke implan melalui cahaya inframerah.

Pesakit boleh menyesuaikan zum dan kontras untuk penglihatan lebih jelas. Lebih 80% peserta mampu membaca huruf dan perkataan, malah ada yang boleh kembali membaca buku selepas menggunakan teknologi ini.

Teknologi Cermin Mata Baharu Bantu Pulihkan Penglihatan Warga Emas
Salah seorang peserta dalam ujian ini menggunakan PRIMA untuk membaca. Kredit: Moorfields Eye Hospital.

Berdasarkan keputusan ini, pengeluar peranti, Science Corporation, telah memohon kebenaran untuk menggunakan peranti ini secara klinikal di Eropah.

UPMC merupakan pusat pertama di A.S. yang menanamkan peranti PRIMA pada tahun 2020.

Anda boleh menonton video di bawah yang menerangkan dengan lebih lanjut bagaimana peranti ini berfungsi.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY