Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan MyDigital ID Sdn Bhd bagi mengintegrasikan identiti digital MyDigital ID ke dalam aplikasi MyPTPTN. Menerusi kerjasama ini, pengguna baharu kini perlu mendaftar MyDigital ID terlebih dahulu sebelum membuka akaun myPTPTN. Bagi pengguna sedia ada, log masuk masih boleh dilakukan seperti biasa. Namun, penggunaan…

realme Sahkan Pelancaran 15T Di Malaysia
realme hari ini mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka, realme 15T pada 30 Oktober 2025 ini. Daripada imej acah yang dikongsikan, 15T akan hadir dengan rekaan nipis. realme 15T telah pun dilancarkan lebih awal di beberapa pasaran luar seperti India di mana peranti ini dipacu cip 6nm Dimensity 6400 Max 5G dengan…

Rapid KL Gabung Tiga Aplikasi Jadi Satu Platform Bermula November 2025
Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus), pengendali perkhidmatan van Rapid KL On-Demand, bakal memperkenalkan aplikasi tunggal Rapid On-Demand yang menyatukan tiga aplikasi tempahan sedia ada iaitu Mobi, Trek Rides, dan Kummute bermula November 2025. Langkah ini bertujuan memudahkan pengguna menempah perjalanan dengan lebih cepat, lancar dan bersepadu. Dengan aplikasi baharu ini, pengguna tidak lagi perlu…

iPhone Air Kurang Dapat Sambutan, Apple Dilapor Kurangkan Pengeluaran
Permintaan untuk iPhone Air dilaporkan tidak mencapai jangkaan Apple, menyebabkan rantaian bekalan syarikat itu mula mengurangkan penghantaran serta pengeluaran peranti tersebut. Menurut penganalisis Ming-Chi Kuo, pembekal dijangka mengurangkan kapasiti pengeluaran lebih 80% menjelang suku pertama 2026. Beberapa komponen yang memerlukan tempoh penghasilan lebih lama juga dikatakan akan dihentikan sepenuhnya menjelang akhir 2025. Kuo menjelaskan, prestasi…

600 Pekerja AI Meta Dilapor Akan Dipindah Atau Diberhentikan
Syarikat induk Facebook, Meta, dilaporkan akan mengurangkan 600 pekerjaan dalam bahagian kecerdasan buatan (AI) sebagai langkah untuk memperkemas operasi selepas tempoh pengambilan pekerja besar-besaran, menurut laporan media AS pada Rabu. Langkah ini tidak akan menjejaskan TBD Lab, unit khas yang ditubuhkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mark Zuckerberg. Makmal itu berkembang pesat selepas menarik penyelidik terkemuka…

realme GT8 Dan GT8 Pro Dilancar, Kamera Guna Teknologi RICOH
realme telah memperkenalkan telefon pintar flagship terbaru mereka, GT8 dan GT8 Pro di China. Kedua-dua model menampilkan skrin OLED 6.79 inci 2K dengan kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak 4000 nits dan dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang menyokong sehingga 16GB RAM dan storan 1TB. Untuk model GT8 Pro, ia tampil dengan…