Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

HONOR Magic 8 Mini Dijangka Hadir Tak Lama Lagi, Guna Dimensity 9500

HONOR dilaporkan bakal melancarkan Magic 8 Mini, telefon andalan bersaiz kompak yang dijangka diperkenal bersama Magic 8 dan Magic 8 Pro pada Oktober ini. Peranti ini dikatakan hadir dengan paparan LTPO AMOLED 6.31 inci, rekaan skrin rata dan bezel nipis, namun tetap mengekalkan spesifikasi yang tinggi. Magic 8 Mini dijangka menggunakan cip MediaTek Dimensity 9500,…

Seakan “Mission Impossible”, SSD Ini Boleh Musnahkan Diri Jika Perlu

Sebuah syarikat pengeluar memori perkakasan komputer dari Taiwan, Team Group, telah membangunkan storan  dengan ciri  yang boleh memusnahkan data secara serta-merta. Storan P250Q Self-Destruct SSD adalah jenis storan M.2 yang boleh menghapuskan data secara fizikal dengan sendiri sama ada melalui perisian atau litar pemusnah fizikal terbina dalam. Direka khas untuk industri sensitif seperti pertahanan dan…

Moonshot AI Tampil Dengan Kimi K2, Model LLM Sumber Terbuka 1 Trilion Parameter

Syarikat AI dari China, Moonshot AI, telah melancarkan model bahasa raya sumber terbuka terbaharu mereka, Kimi K2, yang direka untuk menguasai tugasan kompleks termasuk pengekodan, matematik, dan aplikasi autonomi berasaskan alat (agentic tasks). Kimi K2 menggunakan seni bina Mixture-of-Experts (MoE) dengan 1 trilion parameter keseluruhan, di mana 32 bilion daripadanya diaktifkan secara dinamik mengikut tugas….

Kawasaki Dan Foxconn Bangunkan Robot Pintar Ringankan Beban Tugas Jururawat

Kawasaki Heavy Industries dan Foxconn telah bekerjasama membangunkan robot pembantu jururawat yang dinamakan “Nurabot”. Nurabot dibina berasaskan robot sosial autonomi Kawasaki, Nyokkey dan direka khusus untuk mengurangkan beban kerja jururawat. Robot pintar ini berupaya melaksanakan tugas berulang seperti penghantaran ubat, pengangkutan sampel, rondaan wad, dan pendidikan pesakit, sekaligus mengurangkan beban kerja jururawat sehingga 30%, membolehkan…

Asus Tayang GPU RTX 5090 Dari Emas Tulen Seberat 5Kg Bernilai Lebih RM2 Juta

ASUS dilaporkan telah mempamerkan kad grafik ROG RTX 5090 yang diperbuat daripada emas tulen di China. GPU itu disalut dengan kira-kira 5 kg emas sekali gus menjadikan berat keseluruhan GPU ini adalah sekitar 7.2 kg — menjadikannya antara kad grafik paling berat dan termahal pernah dicipta. Tidak seperti edisi Dhahab yang hanya berlapis emas dan…

BuildCores Tawar Pengalaman Bina PC Dalam 3D, Percuma Untuk Semua

Bagi peminat dunia bina PC, permainan seperti PC Building Simulator bukan lagi sesuatu yang asing. Permainan tersebut membolehkan pengguna memasang dan menguji komponen komputer dalam persekitaran maya 3D yang realistik. Namun, akses kepada permainan ini memerlukan bayaran, dan tidak semua pengguna mahu atau mampu melabur untuk sekadar mencuba pengalaman membina PC secara maya. Kini, terdapat…

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 5,161
  • Next
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress