Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Insiden Kecurian Kabel Meningkat, Jejas Operasi Perkhidmatan Rel – Prasarana

Insiden kecurian kabel yang semakin kerap telah menjejaskan operasi perkhidmatan rel di Lembah Klang, dengan kerugian dianggarkan mencecah RM20.6 juta dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini. Prasarana berkata kejadian ini bukan sahaja melibatkan kerugian kewangan, tetapi turut menyebabkan gangguan perkhidmatan, kelewatan perjalanan serta menimbulkan risiko keselamatan kepada jutaan pengguna pengangkutan awam. Bagi tahun 2025, insiden…

Perancis Siasat Feri Dijangkiti ‘Malware’, Berpotensi Dikawal Dari Jarak Jauh

Perancis sedang menyiasat kemungkinan campur tangan asing selepas sebuah feri penumpang dijangkiti perisian hasad (malware) yang berpotensi membolehkan kapal itu dikawal dari jarak jauh, kata Menteri Dalam Negeri pada Rabu. Seorang warga Latvia telah ditahan dan didakwa selepas malware itu ditemui pada sebuah feri berkapasiti lebih 2,000 penumpang bernama Fantastic, milik syarikat perkapalan Itali GNV,…

Hidrogen Didapati Turut Menyumbang Kepada Pemanasan Global

Hidrogen sejak sekian lama dianggap sebagai antara penyelesaian kepada krisis iklim, namun satu kajian memberi amaran bahawa gas itu juga boleh menjadi sebahagian kecil daripada masalah pemanasan global. Penyokong hidrogen berharap ia dapat dihasilkan dan digunakan secara besar-besaran dalam sektor pengangkutan serta industri berat pada masa depan, sekali gus menawarkan alternatif bersih kepada bahan api…

Malaysia Ada Dua Rangkaian 5G Tapi Prestasi Menurun, Apa Puncanya?

Malaysia pernah menjadi antara negara dengan kelajuan 5G terpantas di dunia, namun prestasi kini menurun. Berdasarkan laporan oleh Ookla, median muat turun 5G Malaysia jatuh daripada 451.79 Mbps pada akhir 2023 kepada 242.92 Mbps sahaja menjelang suku ketiga 2025. Menjelaskan keadaan itu, Ookla berkata, “Penurunan kelajuan yang berlaku mencadangkan kematangan rangkaian, apabila fokus beralih daripada…

Oscars Akan Disiarkan Secara Percuma Di YouTube Bermula 2029

Anugerah Akademi, atau lebih dikenali sebagai Oscars, merupakan kemuncak penghargaan bagi pencinta filem, seni dan penceritaan. Kini, YouTube akan bekerjasama dengan Academy of Motion Picture Arts and Sciences untuk membawa acara berprestij itu kepada penonton di seluruh dunia. Bermula 2029 dengan edisi ke-101, Oscars akan disiarkan eksklusif di YouTube secara percuma untuk penonton global, serta…

Apple Dilapor Pertimbang Pemasangan, Pembungkusan Cip iPhone Di India

Apple dilapor sedang mengadakan perbincangan awal dengan beberapa pembekal untuk mengendalikan pemasangan dan pembungkusan cip iPhone di India buat kali pertama. Menurut laporan The Economic Times, perbincangan itu telah dijalankan bersama CG Semi, syarikat semikonduktor yang sedang membangunkan salah satu kemudahan pemasangan dan ujian semikonduktor luar (OSAT) utama di negara itu. “Syarikat-syarikat ini berada pada…

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 5,387
  • Next
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress