Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya kepada mana-mana pautan yang mendakwa sebagai laman web kerajaan, kecuali alamatnya berakhir dengan “.gov.my”. “Scammer (sindiket penipuan) sedang menyebarkan pautan palsu yang mendakwa anda boleh menyemak status status STR (Sumbangan Tunai Rahmah) melalui laman web meragukan yang dihantar melalui WhatsApp dan platform…

China Uji Kereta Api Berkelajuan Pesawat, Jarak 1,300km Hanya 90 Minit
China sedang membangunkan hyperloop iaitu kereta api magnetik berkelajuan tinggi dengan matlamat mencapai kelajuan setanding pesawat. Dikenali sebagai T-Flight, ujian oleh Kumpulan Perunding Kejuruteraan Kereta Api China (CREC) pada Februari 2024 lalu berjaya mencapai kelajuan 387 mph. Kemudian, ujian berskala penuh pada Oktober 2024, dalam tiub sepanjang dua kilometer telah pun dijalankan menggunakan teknologi levitasi…

YouTube Uji Pelan Langganan Premium Untuk Dua Orang
YouTube kini sedang menguji pelan langganan YouTube Premium baharu yang dikhaskan untuk dua orang pengguna di beberapa negara terpilih – India, Perancis, Hong Kong dan Taiwan. Perkara ini disahkan oleh jurucakap Youtube Alex McQuiston, kepada The Verge dan pertama kali dilaporkan oleh Moneycontrol. Kami sedang bereksperimen dengan cara baharu untuk memberikan lebih fleksibiliti dan nilai…

Jaga-Jaga Iklan Kerja ‘Mudah Dapat Duit’ – Ini 4 Jenis ‘Job Scam’ Popular Sekarang
Mencari kerja hari ini bukan sahaja tentang peluang, tetapi juga tentang berjaga-jaga. Dengan peningkatan ketara dalam kes penipuan kerja di Malaysia dan rantau ini, pencari kerja kini berdepan pelbagai taktik penipuan yang semakin licik dan sukar dikenal pasti. Tawaran gaji tinggi untuk tugasan mudah, iklan kerja sambilan dari rumah, dan mesej peribadi yang menjanjikan pendapatan…

Nvidia Cari Jalan Selamat – Dilapor Reka Cip AI Baharu Yang Lulus Sekatan AS
Nvidia dilaporkan sedang mereka bentuk semula cip AI khas untuk pasaran China, susulan larangan eksport terbaru dari kerajaan Amerika Syarikat. Ini termasuk cip H20, satu-satunya model AI Nvidia yang dibenarkan sebelum ini, yang kini turut disekat. Syarikat itu kini dalam fasa awal pembangunan beberapa cip baharu yang direka khusus untuk mematuhi sekatan eksport AS, sambil…

Siri ‘Aircond’ Baharu Midea Janji Penjimatan Elektrik & Tahan Cuaca Tropika
Midea umum empat model penyaman udara baharu untuk pasaran Malaysia, iaitu Avigator, Numen, Celest dan Glory Pro — semuanya dilengkapi ciri pintar, teknologi jimat tenaga berasaskan AI, serta rekaan tahan lasak untuk cuaca tropika. Antara fokus utama pelancaran ini ialah teknologi ECOMASTER AI yang dikatakan mampu menjimatkan sehingga 49% penggunaan elektrik, sistem pemantauan tenaga masa…