Bank Simpanan Nasional (BSN) memaklumkan bahawa aktiviti penyelenggaraan berjadual akan dijalankan pada hujung minggu ini. Sepanjang tempoh tersebut – bermula 11.00 malam, 9 Mei 2025, hingga 10.00 pagi, 10 Mei 2025 – beberapa perkhidmatan akan tergendala buat sementara waktu. Antara perkhidmatan yang terjejas termasuk pemindahan segera DuitNow, FPX dan JomPay melalui laman web BSN serta…

Apple Dilapor Bakal Ubah Tradisi Pelancaran iPhone
Apple secara tradisinya melancarkan iPhone generasi baharu pada sekitar September setiap tahun. Namun, laporan terkini The Information mendedahkan bahawa syarikat itu merancang untuk mengubah jadual pelancaran iPhone seperti kebiasaan – dipercayai sebagai persiapan menjelang pelancaran iPhone lipat pertama mereka. Menurut sumber yang terlibat dalam rantaian bekalan Apple, model iPhone 18 versi standard dijangka akan dilancarkan…

UK Akan Luluskan Bajet RM292 Juta Untuk Cuba Redupkan Cahaya Matahari
Kerajaan UK akan meluluskan peruntukkan penyelidikan berjumlah £50 juta (~ RM292 juta) bagi eksperimen dan analisis untuk mengurangkan cahaya matahari sebagai langkah menangani pemanasan global. Teknik geo-kejuruteraan yang akan dijalankan oleh Agensi Penyelidikan dan Ciptaan Lanjutan UK (Aria) itu akan meliputi penyemburan zarah aerosol ke stratosfera untuk mengurangkan sianaran matahari yang sampai ke Bumi. Kajian…

Saringan Paru-Paru Kini Lebih Pantas & Tepat – KKM Gunakan Teknologi AI
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan inisiatif saringan kesihatan paru-paru menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), dalam usaha mengesan penyakit berkaitan paru-paru dalam kalangan rakyat Malaysia di peringkat awal. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu antara usaha utama dalam Inisiatif Kesihatan Paru-Paru Kebangsaan 2025-2030, bagi memperkukuh aktiviti pencegahan, saringan dan rawatan penyakit tersebut….

PS6 Perlu Sokong Cakera Fizikal, Kata Bekas Bos PlayStation
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sony Interactive Entertainment (SIE) Amerika Syarikat, Shawn Layden, memberi pandangan bahawa PlayStation 6 (PS6) tidak sesuai menjadi konsol digital sepenuhnya. Dalam satu episod audio siar Kiwi Talkz yang disiarkan Februari lalu, Layden menekankan bahawa Sony masih beroperasi di lebih 170 negara, termasuk kawasan yang mempunyai capaian internet terhad. Menurutnya, melancarkan PS6…

“TikTok Ada Tempat Istimewa Di Hati Saya”, Trump Sedia Lanjut Tarikh Akhir Jika Perlu
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dilaporkan bersedia untuk melanjutkan tarikh akhir 19 Jun bagi syarikat berpangkalan di China, ByteDance, untuk menjual aset TikTok di AS sekiranya tiada perjanjian dicapai menjelang tarikh tersebut. Dalam satu temu bual di rancangan NBC News “Meet the Press”, Trump berkata beliau ingin melihat perkara itu diselesaikan, tetapi tetap bersedia memberi…