CEO Google Sundar Pichai, dalam keterangan baru-baru ini berkata langkah ‘pemulihan’ yang dicadangkan oleh Jabatan Kehakiman AS (DOJ) secara asasnya berpotensi membawa kepada ‘penamat’ bagi Google Search. Sebagai rujukan, DOJ sebelum ini mencadangkan Google melepaskan pemilikan pelayar Chrome, menghentikan perjanjian enjin carian seperti yang dimeterai dengan Apple dan berkongsi “bahagian kritikal” data carian dengan pesaing…

Wikipedia Akan Guna AI Generatif, Tapi Tak Gantikan Penulis Manusia
Yayasan Wikimedia, organisasi bukan berasaskan keuntungan (NGO) di sebalik Wikipedia, mengumumkan bahawa mereka akan mula menggunakan teknologi AI generatif dalam proses penyuntingan. Chris Albon, Pengarah Pembelajaran Mesin Yayasan Wikimedia, menjelaskan bahawa AI tidak akan menggantikan editor manusia atau menjadi pihak yang menjana kandungan Wikipedia. Sebaliknya, AI akan digunakan untuk “menghapuskan halangan teknikal” dan “tugas-tugas membosankan”…

PS5 Terlalu Mahal, Rakyat Jepun Pilih Sewa Daripada Beli
Perkhidmatan sewa konsol PlayStation 5 (PS5) semakin popular di Jepun kerana harga jualan rasmi yang tinggi menyebabkan ramai pengguna memilih untuk menyewa berbanding membeli. Kedai GEO di Jepun mengesahkan permintaan terhadap sewaan PS5 jauh melebihi jangkaan, malah hampir semua unit telah habis ditempah untuk enam minggu ke hadapan. Pengguna sanggup membayar serendah 980 yen (~RM31)…

AI Kini Tulis Kod Untuk Microsoft, Meta Dan Google
CEO Microsoft, Satya Nadella, menyatakan sehingga 30% kod syarikat itu kini ditulis oleh kecerdasan buatan (AI). Beliau menjelaskan bahawa jumlah ini semakin meningkat secara konsisten. Kenyataan ini dibuat dalam satu perbualan bersama CEO Meta, Mark Zuckerberg, semasa acara LlamaCon yang dianjurkan Meta. Zuckerberg pula menjangkakan dalam masa setahun, sekitar 50% pembangunan kod di Meta mungkin…

Harga Konsol, Alat Kawalan Xbox Naik Mendadak
Microsoft kini mengumumkan menaikkan harga untuk konsol Xbox Series S dan X, alat kawalan dan set kepala serta beberapa permainan baharu di seluruh dunia, berkuat kuasa 1 Mei 2025. Kami memahami bahawa perubahan ini mungkin mencabar, dan keputusan ini dibuat setelah pertimbangan teliti terhadap keadaan pasaran dan peningkatan kos pembangunan. Di Amerika Syarikat, harga Xbox…

iPhone Akan Datang Mungkin Dibuat Di India, Bukan China
Apple melaporkan keuntungan suku pertama yang melebihi jangkaan, tetapi memberi amaran bahawa tarif AS boleh menambah kos sebanyak $900 juta pada suku semasa. Ketua Pegawai Eksekutif, Tim Cook, menyatakan bahawa walaupun kesan tarif masih “terhad” pada awal tahun, ia telah mula mengganggu rantaian bekalan. Untuk mengurangkan risiko akibat ketegangan perdagangan AS-China, Apple semakin hampir memindahkan…