Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Wikipedia Akan Guna AI Generatif, Tapi Tak Gantikan Penulis Manusia

Wikipedia Akan Guna AI Generatif, Tapi Tak Gantikan Penulis Manusia

Diterbitkan Mei 2, 2025 · Dikemas kini Mei 2, 2025 oleh Amalina Athman

Yayasan Wikimedia, organisasi bukan berasaskan keuntungan (NGO) di sebalik Wikipedia, mengumumkan bahawa mereka akan mula menggunakan teknologi AI generatif dalam proses penyuntingan.

Chris Albon, Pengarah Pembelajaran Mesin Yayasan Wikimedia, menjelaskan bahawa AI tidak akan menggantikan editor manusia atau menjadi pihak yang menjana kandungan Wikipedia.

Sebaliknya, AI akan digunakan untuk “menghapuskan halangan teknikal” dan “tugas-tugas membosankan” yang mengganggu kelancaran kerja editor seperti penyelidikan latar belakang, penterjemahan, dan proses memperkenalkan sukarelawan baharu.

Tujuannya adalah untuk membolehkan editor lebih fokus kepada perbincangan dan keputusan bersama, berbanding aspek teknikal semata-mata.

Buat pengetahuan, Wikipedia sudah menggunakan AI untuk mengesan vandalisme, menterjemah kandungan, dan meramalkan kebolehbacaan. Namun, sehingga pengumuman ini, AI belum ditawarkan kepada editor dan sukarelawan di platform itu.

Awal bulan ini, Yayasan Wikimedia juga telah mengumumkan inisiatif untuk mencipta set data akses terbuka bagi kandungan Wikipedia yang dioptimumkan untuk pembelajaran mesin.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah bot AI yang ‘mengikis’ laman Wikipedia meningkat dengan ketara sehingga trafik bot tersebut memberi beban pada pelayan mereka, menyebabkan penggunaan lebar jalur meningkat sebanyak 50%.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • EU Denda Apple Dan Meta €700 Juta, Berpotensi Cetus Kemarahan Trump
  • iPhone Akan Datang Mungkin Dibuat Di India, Bukan China
  • AI Kini Tulis Kod Untuk Microsoft, Meta Dan Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY