Garena Delta Force kini rasmi dilancarkan di Malaysia dan boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play. Permainan FPS berskala besar ini menawarkan pengalaman tempur intensif 24v24 merentasi darat, laut dan udara, lengkap dengan sokongan penuh kenderaan dan mod extraction shooter generasi baharu. Menariknya, permainan ini menyokong cross-progression, membolehkan pemain menikmati pengalaman lancar di…

Bergambar Kreatif Dan Anda Berpeluang Menang Zenbook A14 Berharga RM4,999
Jika anda masih belum tahu, ASUS Malaysia telah pun melancarkan Zenbook A14 (UX3407), komputer riba 14-inci paling ringan di dunia yang hanya seberat 899 gram. Dipacu pemproses Snapdragon X series berkuasa AI, laptop ini menawarkan ketahanan bateri sehingga 29 jam dan reka bentuk ultra mudah alih. Tapi, jika anda masih belum memiliki laptop ultra ringan ini, ini adalah berita…

Infinix Note 50 Pro+ 5G Mula Dijual, Harga RM1,599
Infinix memperkenalkan peranti terbaharunya, NOTE 50 Pro+ 5G, sebagai paling berprestasi dalam siri ini yang turut merangkumi NOTE 50S 5G dan NOTE 50X 5G. Dilengkapi cip MediaTek Dimensity 8350 Ultimate 5.5G dan skrin AMOLED 6.78 inci dengan kadar segar semula 144Hz, NOTE 50 Pro+ 5G direka khusus untuk pengalaman permainan mudah alih kelas andalan. Dengan…

Thailand Guna Polis Cyborg Dikuasa AI Kawal Sambutan Pesta Songkran
Pada 16 April lepas , Polis Diraja Thailand telah memperkenalkan robot polis yang dikenali sebagai “AI Police Cyborg 1.0”. Ia merupakan robot polis pertama negara itu yang ditempatkan di Jalan Tonson, Daerah Muang semasa sambutan Pesta Songkran bagi mengawal keselamatan pengunjung di pesta itu. Robot ini dibangunkan bersama oleh beberapa agensi termasuk Polis Wilayah Nakhon…

Huawei Dijangka Mulakan Penghantaran Besar-Besaran Cip AI 910C Seawal Bulan Depan
Huawei Technologies merancang untuk memulakan penghantaran besar-besaran cip kecerdasan buatan (AI) Ascend 910C kepada pelanggan di China seawal bulan depan, lapor Reuters. Sumber yang mengetahui perkara tersebut turut mendedahkan bahawa beberapa penghantaran cip 910C itu telah pun dilakukan oleh Huawei. Ia dilihat sebagai masa yang tepat bagi syarikat AI China yang sebelum ini terpaksa mencari…

CATL Lancar Bateri EV Terbaru Cas Sepantas Isi Petrol
Syarikat bateri gergasi China, CATL, telah melancarkan bateri natrium-ion baharu yang dijangka mengubah landskap industri kenderaan elektrik (EV). Bateri ini dianggap lebih murah, berfungsi lebih baik dalam cuaca sejuk dan selamat berbanding bateri litium-ion yang biasa digunakan. CEO CATL, Robin Zeng, menyatakan bahawa teknologi ini sudah bersedia untuk pengeluaran komersial dan dijangka menggantikan separuh pasaran…