Toyota memperkenalkan mobiliti kompak berkuasa elektrik baharu dikenali sebagai FT-Me. Pembangunan EV ini diinspirasikan daripada mobiliti bandar yang berjaya digunakan semasa Olimpik Tokyo 2021 dan Paris 2024. Toyota dalam kenyatannya berkata, FT-Me direka khas untuk memenuhi keperluan penduduk bandar moden dengan reka bentuk dua tempat duduk yang kompak tetapi luas. Kenderaan ini boleh dipandu dengan…

Sekurang-kurangnya Satu Model iPhone 17 Akan Dilengkapi Sistem Penyejukan ‘Vapor Chamber’
Model iPhone 17 Pro bakal dilengkapi teknologi penyejukan ‘vapor chamber’ bagi meningkatkan keupayaan penyerapan haba dan prestasi keseluruhan peranti, menurut peniris dari China yang dikenali sebagai Instant Digital. Seperti diketahui, teknologi VC atau penyejukan ruang wap sudah pun menjadi kebiasaan dalam kebanyakan peranti Android kelas andalan. Dengan menyebarkan haba secara menyeluruh ke kawasan permukaan yang…

Syarikat Pemula Bateri EV Sweden Bankrap, 5,000 Pekerja Terjejas
Syarikat yang sebelum ini dianggap sebagai harapan Eropah dalam menyaingi industri bateri Asia, Northvolt, syarikat pemula bateri kenderaan elektrik (EV) dari Sweden, telah memfailkan status bankrap selepas gagal memperoleh dana yang diperlukan untuk terus beroperasi. Syarikat itu dilaporkan menghadapi pelbagai masalah kewangan dan operasi sejak beberapa bulan lalu. Selepas pemfailan bankrap di Sweden, aset dan…

(Ulasan) POCO X7 – Boleh Tahan Tapi Bukan Yang Terbaik Dari POCO
Siri POCO X7, iaitu X7 dan X7 Pro secara rasminya masuk ke pasaran pada tahun ini. Saya sendiri dah gunakan POCO X7 selama beberapa minggu sebagai telefon harian, dan jujurnya saya tertarik nak kongsi beberapa perkara menarik serta kelemahan fon ini dengan anda semua. Kalau sebelum ini POCO terkenal sebagai telefon bajet yang value for…

Anak Kelahiran Malaysia Ini Kini CEO Intel Yang Baharu
Intel mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu berkuat kuasa 18 Mac 2025 ini. Apa yang menariknya tentang pelantikan ini adalah individu bernama Lip-Bu Tan (65) ini adalah anak kelahiran Malaysia yang membesar di Singapura. Beliau menggantikan dua CEO sementara, David Zinsner dan Michelle Johnston Holthaus. Zinsner kekal sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua…

Lelaki Australia Guna Jantung Titanium Pertama Di Dunia Dibenar Keluar Hospital
Seorang pesakit di Australia menjadi individu pertama di dunia yang dibenarkan keluar hospital selepas menggunakan jantung tiruan sepenuhnya. Pesakit lelaki tersebut menggunakan jantung tiruan yang diperbuat daripada titanium yang dihasilkan oleh syarikat BiVACOR, sebagai langkah sementara sehingga mendapat jantung penderma. Lelaki tersebut menerima jantung tiruan pada November lalu, sebelum berjaya menjalani pemindahan jantung penderma pada…