Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarikat Pemula Bateri EV Sweden Bankrap, 5,000 Pekerja Terjejas

Syarikat Pemula Bateri EV Sweden Bankrap, 5,000 Pekerja Terjejas

Diterbitkan Mac 13, 2025 oleh ariff bukhari

Syarikat yang sebelum ini dianggap sebagai harapan Eropah dalam menyaingi industri bateri Asia, Northvolt, syarikat pemula bateri kenderaan elektrik (EV) dari Sweden, telah memfailkan status bankrap selepas gagal memperoleh dana yang diperlukan untuk terus beroperasi.

Syarikat itu dilaporkan menghadapi pelbagai masalah kewangan dan operasi sejak beberapa bulan lalu.

Selepas pemfailan bankrap di Sweden, aset dan perniagaan Northvolt akan dijual bagi menyelesaikan hutang tertunggak.

Seramai 5,000 pekerja kini berdepan masa depan yang tidak menentu, namun syarikat itu akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan kesatuan sekerja bagi membantu mereka yang terjejas.

Northvolt pernah memohon perlindungan kebankrapan di Amerika Syarikat, dan ketua eksekutifnya telah meletak jawatan. Pelan penstrukturan semula syarikat turut gagal mengatasi masalah kewangan yang dihadapi.

Sebelum ini, Northvolt menerima pembiayaan lebih $10 bilion sejak ditubuhkan pada 2016 dahulu, di mana Volkswagen dan Goldman Sachs sebagai pemilik utama.

Bagaimanapun, syarikat pemula itu berdepan beberapa isu seperti kos modal yang semakin meningkat, ketidakstabilan geopolitik, gangguan rantaian bekalan dan cabaran dalaman meningkatkan pengeluaran bateri menyebabkan syarikat itugagal bertahan.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Kilang-Kilang Di China Kini Beroperasi Dalam Gelap 24 Jam
  • Kos Ganti Bateri EV Diramal Lebih Murah Daripada Ganti Enjin ICE Menjelang 2030

Sumber: Northvolt, The Guardian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
©2026 WISER.MY