Microsoft telah mengemas kini senarai pemproses Intel yang menyokong Windows 11 versi 24H2 dengan menetapkan Windows 11 versi 24H2 hanya menyokong pemproses Intel generasi ke-11 dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kemas kini keperluan versi Windows 11 itu telah menjadi bualan hangat selepas pengguna mendakwa Microsoft menaikkan tahap minimum untuk keperluan CPU bagi menyokong Windows 11 24H2. Ekoran…

Sistem Digital Permohonan Guna Dron Dijangka Dilaksana Menjelang Akhir Tahun
Kementerian Pengangkutan (MOT) meminta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk melakukan penambahbaikan terhadap sistem permohonan penggunaan dron memandangkan penggunaannya yang semakin meluas. Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata langkah itu sangat penting bagi memastikan penggunaan dron dapat dikawal selia dengan baik demi keselamatan. Dalam masa sama, saya menyedari proses (permohonan) sekarang agak manual….

Taiwan Dakwa Kapal Dagang Dikendalikan Kru China Rosakkan Kabel Dasar Laut
Pentadbiran Pengawal Pantai, Majlis Hal Ehwal Lautan Taiwan telah menahan sebuah kapal yang dikendalikan kru China atas dakwaan merosakkan kabel dasar laut ke pulau itu. Mereka memintas kapal “Hongtai 168” ketika menyiasat gangguan kabel gentian optik milik Chunghwa Telecom. Kapal tersebut dikesan menjatuhkan sauh pada 2:30 pagi sebelum gangguan kabel mula dikesan pada 3:03 pagi….

Jalur Lebar Tetap TM Unifi Kini Dilanggan Lebih Daripada 3 Juta Pelanggan
Telekom Malaysia Berhad (TM) dalam laporan kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 (FY2024) memaklumkan bahawa mereka telah mencatat peningkatan keuntungan operasi (EBIT) dan keuntungan selepas cukai serta kepentingan bukan kawalan (PATAMI). TM berkata, pendapatan operasi mereka telah meningkat sebanyak 0.2% kepada RM11.71 bilion, manakala EBIT naik 11.3% kepada RM2.33 bilion, didorong oleh produk berkeuntungan…

ChatGPT Search Kini Boleh Digunakan Sebagai Enjin Carian Di Safari, Begini Caranya
OpenAI mengemas kini aplikasi ChatGPT versi iOS dengan menambah extension atau pemalam Safari yang membolehkan ChatGPT Search digunakan sebagai enjin carian utama di bar carian Safari. Selepas aplikasi ChatGPT dikemas kini ke versi terkini, pemalam ChatGPT Search boleh diaktifkan melalui tetapan Safari. Cara aktifkan extension ChatGPT Search Untuk mengaktifkannya, pergi ke Settings > Apps > Safari…

China Puji Kejayaan DeepSeek, Anggap Ia Bukan Pesaing AI Dari AS
China memuji kejayaan model AI DeepSeek tetapi menegaskan bahawa syarikat itu tidak bersaing dengan gergasi teknologi AS seperti OpenAI, Anthropic, dan Google DeepMind. Kedutaan China di Washington menyatakan bahawa DeepSeek melengkapi, bukan menyaingi, pemimpin AI sedia ada. Sejak model AI kos rendahnya mengejutkan dunia teknologi, DeepSeek semakin mendapat perhatian di China. Pengasasnya, Liang Wenfeng, diberi…