Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kurang Bekalan Untuk Ganti Cip Rosak, Pengguna Intel ‘Raptor Lake’ Tukar Ke AMD

Microsoft Perjelas Kekeliruan Keperluan Minimum CPU Bagi Windows 11 24H2

Diterbitkan Februari 26, 2025 oleh ariff bukhari

Microsoft telah mengemas kini senarai pemproses Intel yang menyokong Windows 11 versi 24H2 dengan menetapkan Windows 11 versi 24H2 hanya menyokong pemproses Intel generasi ke-11 dan ke atas sahaja.

Walau bagaimanapun, kemas kini keperluan versi Windows 11 itu telah menjadi bualan hangat selepas pengguna mendakwa Microsoft menaikkan tahap minimum untuk keperluan CPU bagi menyokong Windows 11 24H2.

Ekoran kekeliruan itu, Microsoft menjelaskan bahawa tiada apa yang berubah untuk pengguna sedia ada.

Sebaliknya Microsoft menyatakan bahawa, senarai itu yang mengecualikan pemproses Intel lama tertentu untuk peranti baharu (iaitu cip generasi ke-8, ke–9 dan ke–10) adalah ditetapkan untuk binaan perkakasan (OEM) pada masa hadapan sahaja.

Bermakna, jika PC anda yang sudah dipacu oleh salah satu daripada pemproses tersebut, masih kekal menyokong Windows 11 versi 24H2 sepenuhnya.

Kenyataan rasmi Microsoft menggariskan bahawa “keperluan tidak berubah” untuk sistem sedia ada.

“Bagi mereka yang menjalankan Windows 11 pada sistem yang dikuasakan oleh CPU Intel generasi ke-8, ke-9 atau ke-10, kemas kini 24H2 adalah selamat dan sempurna”

Jadi, anda boleh terus menaik taraf kepada Windows 11 versi 24H2 tanpa bimbang dengan perkakasan terdahulu.

Untuk menyemak sama ada CPU anda menyokong kemas kini 24H2, pergi ke Settings > System > About atau gunakan aplikasi Microsoft PC Health Check.

Jika sistem anda lulus semakan aplikasi tersebut, PC anda akan terus menerima kemas kini Windows 11 terkini.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Microsoft Sedang Uji Office Versi Percuma Dengan Iklan
  • realme Mengacah Peranti Ultra Yang Memfokuskan Fotografi

Sumber: Windows Forum

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1
  • Saham Jatuh, Pelabur Netflix Semakin Bimbang
  • Gemini Di Android Auto Mula Terima Ciri 'Personal Intelligence'
  • ChatGPT Kini Boleh Kunci Sembang Dengan PIN, Face ID Atau Touch ID
  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
©2026 WISER.MY