Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang berhubung dengan TikTok bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu 18 akaun TikTok organisasi media tempatan yang disekat baru-baru ini. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata menurut maklumat awal yang diterimanya daripada TikTok, akaun-akaun berkenaan disekat kerana membuat laporan berkaitan kes cabul di sebuah masjid baru-baru ini yang melibatkan seorang kanak-kanak…

Apple Intelligence Kelak Bakal Diintegrasi Dengan Google Gemini
Apple kini dilapor sedang membangunkan keupayaan bagi mengintegrasikan Google Gemini ke dalam Apple Intelligence. Dalam kemas kini backend yang diperkenalkan bersama iOS 18.4 beta, Apple telah menyertakan pilihan “Google” dan “OpenAI” untuk model pihak ketiga dalam Apple Intelligence. Maklumat ini didedahkan oleh pemerhati kod, Aaron Perris, di X. Apple's backend has revealed that the next…

Microsoft Laporkan Penemuan Varian Baharu Perisian Hasad Serang Komputer Apple
Pasukan keselamatan siber Microsoft Threat Intelligence mendedahkan penemuan varian baharu perisian hasad XCSSET, yang menyasarkan komputer Apple. Varian baharu perisian hasad itu dilaporkan memberi ancaman kepada sistem operasi macOS dengan menjangkiti aplikasi yang dibangunkan oleh pembangun Apple di Xcode. Menjelaskannya dengan lebih lanjut, teknik jangkitan varian XCSSET baharu ini memperkenalkan kaedah baharu untuk tempat muatan…

Shopee Kemas Kini Kadar Yuran Komisen Berkuat Kuasa 6 Mac 2025
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Shopee sekali lagi mengumumkan pelarasan Yuran Komisen Marketplace yang akan berkuat kuasa mulai 6 Mac 2025. Menurut Shopee, yuran ini hanya dikenakan kepada penjual Marketplace tempatan dan tidak terpakai bagi penjual Shopee Mall serta kadar komisen penjual luar negara. Buat pengetahuan, penjual Marketplace merujuk kepada semua penjual tempatan yang bukan sebahagian daripada Shopee…

Rekod Terpantas Di Dunia Selesaikan Kiub Rubik 3x3x3 Dicatat Di Sepang
Baru-baru ini telah berlangsungnya satu acara pertandingan kiub rubik, iaitu XMUM Cube Open 2025 yang telah pun berlangsung di University Xiamen Malaysia pada 15 dan 16 Februari 2025 lepas. Apa yang menariknya pada acara itu adalah salah seorang peserta yang baru berusia 11 tahun telah berjaya mencatat rekod dunia baharu terpantas menyelesaikan kiub rubik. Yiheng…

Cara Guna ‘Circle to Search’ Pada Peranti iOS
Awal tahun lepas, Google memperkenalkan ‘circle to search’, cara mudah untuk pengguna mencari maklumat dengan menggunakan gerakan seperti bulatan, contengan atau klik sahaja pada sekitar skrin tanpa perlu beralih aplikasi. Siri Samsung Galaxy S24 adalah peranti terawal menerimanya. Kemudian, ia diperluaskan pada kebanyakan telefon pintar Android terbaru. Kini, Google menawarkannya pula buat pengguna iOS. Fungsinya…