Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple macOS

Microsoft Laporkan Penemuan Varian Baharu Perisian Hasad Serang Komputer Apple

Diterbitkan Februari 24, 2025 ยท Dikemas kini Februari 24, 2025 oleh ariff bukhari

Pasukan keselamatan siber Microsoft Threat Intelligence mendedahkan penemuan varian baharu perisian hasad XCSSET, yang menyasarkan komputer Apple.

Varian baharu perisian hasad itu dilaporkan memberi ancaman kepada sistem operasi macOS dengan menjangkiti aplikasi yang dibangunkan oleh pembangun Apple di Xcode.

Menjelaskannya dengan lebih lanjut, teknik jangkitan varian XCSSET baharu ini memperkenalkan kaedah baharu untuk tempat muatan yang diletakkan dalam projek Xcode yang disasarkan.

Kaedah ini dipilih daripada salah satu pilihan berikut: TARGET, RULE, atau FORCED_STRATEGY.

Kaedah tambahan turut dengan meletakkan muatan di dalam kekunci TARGET_DEVICE_FAMILY di bawah tetapan binaan dan menjalankannya pada fasa terakhir.

Microsoft berkata, varian ini mampu mencuri data dari aplikasi pelayar Safari, menyuntik pintu belakang JavaScript ke laman sesawang, mencuri maklumat daripada aplikasi seperti Skype, Telegram, dan WeChat, serta menyulitkan dan mengekstrak fail ke sistem yang dikawal penyerang.

Ditemui pertama kali pada 2020 oleh Trend Micro, XCSSET menjangkiti projek Xcode dan menyebar melalui rantai bekalan perisian.

Versi terbaru ini turut menggunakan kaedah penyamaran yang lebih canggih, mekanisme ketahanan baharu seperti kaedah “zshrc” dan “dock,” serta teknik jangkitan terkini untuk menyusup masuk ke dalam projek Xcode.

Microsoft menasihatkan pembangun supaya sentiasa menyemak projek Xcode sebelum memuat turun dan pengguna akhir dinasihatkan hanya memasang aplikasi dari sumber yang dipercayai sahaja.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • iPhone 16e Rasmi - Cip A18, Modem 5G Sendiri, Harga Bermula RM2,999
  • Apple Terpaksa Matikan Ciri Penyulitan Hujung ke Hujung iCloud Di UK

Sumber: Microsoft Threat Intelligence

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
  • Jualan Tiket Bas Ekspres Hanya Melalui Terminal Berlesen Mulai 1 November
  • Pusat Data Google Cloud Terputus Bekalan Tenaga, Urusan Bank Di UK Terjejas
  • DJI Osmo Pocket 4P Pearl White Kini Dijual Di Malaysia, Harga RM2,419
  • Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1
  • Saham Jatuh, Pelabur Netflix Semakin Bimbang
  • Gemini Di Android Auto Mula Terima Ciri 'Personal Intelligence'
©2026 WISER.MY