Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang berhubung dengan TikTok bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu 18 akaun TikTok organisasi media tempatan yang disekat baru-baru ini.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata menurut maklumat awal yang diterimanya daripada TikTok, akaun-akaun berkenaan disekat kerana membuat laporan berkaitan kes cabul di sebuah masjid baru-baru ini yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan.
Masalahnya adalah kecerdasan buatan (AI) TikTok itu sendiri, di sini sedikit amaran, AI kadangkala dia boleh jauh tersasar, dia tak faham bahawa organisasi media pelaporannya berbeza daripada kandungan yang dihasilkan oleh orang biasa.
Difahamkan, akaun TikTok “bernamaofficial” antara yang turut dikenakan sekatan tersebut.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata pelaporan berhubung kes cabul itu merupakan laporan biasa seperti yang dibuat lazimnya oleh organisasi media dan tidak seharusnya menjadi isu.
Pelaporan itu tidak sepatutnya menjadi masalah. Jadi di situ saya nampak masalah AI yang perlu TikTok jelaskan kepada kami dan kemudian jelaskan juga kepada syarikat-syarikat media.
Fahmi berkata ketika ini TikTok memaklumkan bahawa mereka telah meningkatkan penggunaan AI-content moderation yang adakalanya menyebabkan salah faham berhubung kandungan yang dimuat naik di platform itu.
Lanjutan itu, beliau telah meminta supaya satu perbincangan diadakan dalam tempoh terdekat bagi memperincikan fungsi akaun-akaun TikTok yang dimiliki oleh media, untuk memastikan kejadian sedemikian tidak berulang pada masa akan datang.
{suggest}
Sumber: BERNAMA