Pengguna rangkaian 5G di seluruh negara mencecah 53.35% atau 18.9 juta langganan setakat suku keempat tahun lepas. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ia adalah pencapaian terbaik dalam tempoh yang singkat dan merupakan langkah besar dalam usaha membangunkan infrastruktur telekomunikasi yang lebih baik. Perkembangan positif ini antara yang dibentang dalam Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Dwirangkaian 5G yang…
Nissan Dan Honda Dilaporkan Mungkin Batal Penggabungan
Nampaknya hasrat untuk melihat penggabungan 2 gergasi automotif Jepun, Honda dan Nissan pada tahun ini bakal tidak menjadi kenyataan. Ia selepas Nissan Motor sepertimana yang dilaporkan Nikkei Asia, akan menggantung rundingan penggabungan dengan Honda Motor. Pembatalan itu dipercayai selepas kedua-dua pengeluar kereta Jepun itu tidak dapat mencapai kata sepakat mengenai terma perjanjian itu. Nissan akan…
Hayat Windows 10 Tinggal 8 Bulan, Microsoft Perketat Sekatan Naik Taraf Ke Windows 11
Dalam tempoh lapan bulan, Windows 10 akan mencapai tarikh tamat sokongannya. Jadi, pengguna kini mempunyai 3 pilihan iaitu sama ada: meneruskan penggunaan Windows 10 tanpa kemas kini keselamatan, menaik taraf ke Windows 11, atau membeli PC baharu jika peranti mereka tidak menyokong TPM 2.0. Sebelum ini, terdapat cara tidak rasmi untuk pengguna memasang Windows 11…
Guna Teknologi MOCN Untuk Tingkatkan Liputan 4G – Teo
Kementerian Komunikasi akan memfokuskan usaha untuk memperbaiki kestabilan liputan 4G di kawasan yang kurang mendapat liputan internet melalui teknologi Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali (MOCN). Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata walaupun secara purata liputan 4G bagi kawasan berpenduduk di negara ini sudah melebihi 97%, namun peratusan liputan oleh setiap syarikat telekomunikasi adalah berbeza. Kita…
Telefon Pintar Lipat 3 HUAWEI Sah Masuk Malaysia Februari Ini
Berita baik kepada peminat telefon pintar khususnya yang menantikan telefon pintar lipat 3 pertama di dunia dari HUAWEI. Ini kerana HUAWEI telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan HUAWEI Mate XT ULTIMATE DESIGN, telefon pintar tri-lipat pertama di dunia pada 18 Februari 2025 ini. Telah diperkenalkan di Shenzhen, China pada September 2024 lepas menampilkan reka bentuk…
Australia Turut Haramkan DeepSeek Pada Peranti Kerajaan
Australia kini mengharamkan DeepSeek daripada semua peranti kerajaan atas kebimbangan bahawa syarikat kecerdasan buatan (AI) dari China itu menimbulkan risiko keselamatan. Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri mengeluarkan arahan mandatori kepada semua entiti kerajaan untuk menghalang penggunaan atau pemasangan produk, aplikasi dan perkhidmatan web DeepSeek, serta menghapuskan semua kewujudan produk, aplikasi dan perkhidmatan web DeepSeek…