Menyambungkan telefon pintar Android dengan PC Windows anda kini menjadi lebih mudah apabila Microsoft mula melancarkan kemas kini yang menyepadukan storan telefon Android anda ke dalam File Explorer tanpa sambungan kabel. Sebelum ini, ciri ini hanya tersedia untuk penguji Windows 11 sahaja, tetapi kini Microsoft menawarkan ciri ini kepada semua pengguna Windows 11, termasuklah pengguna Windows…
Malaysia Negara Asia Tenggara Pertama Terima Siri vivo X200, Bakal Dilancar Bulan Ini
Pertengahan Oktober lalu, vivo secara rasminya melancarkan siri vivo X200 di Beijing, China. Tiga model dipertaruhkan di mana kali ini ada model pro mini. Tidak seperti sebelum ini, pengguna tidak perlu menunggu lama. Ini kerana sumber kami mengesahkan bahawa siri vivo X200 bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia bulan November ini. Menarik lagi, Malaysia merupakan…
Pengguna Di Malaysia Mula Terima Ciri “AI Overviews in Search”
Google telah pun mula meluaskan lagi penawaran ciri carian menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) kepada lebih ramai pengguna dilebih 100 buah negara termasuklah Malaysia. Ciri yang dikenali sebagai AI Overviews in Search itu terlebih dulu dilancarkan kepada pengguna di AS sejak Mei lalu. Google berkata, dengan AI Overviews in Search, ia menjadikan carian maklumat lebih mudah…
“Jangan Letak Harapan Terlalu Tinggi, PS5 Pro Bukan Konsol Next-Gen” CEO PlayStation
Sejak pengumuman konsol PlayStation 5 Pro (PS5 Pro) bulan September lepas, ramai yang tidak berpuas hati dengan penawaran Sony. Ini kerana, ia tidak mempunyai naik taraf yang banyak. Namun, harga jualan naik mendadak. Di Malaysia, harga PS5 (versi lama dan versi ‘slim’) kurang dari RM3 ribu. PS5 Pro pula, harga jualan menghampiri RM4 ribu. Walau…
Yes 5G Tawar ‘Add-On’ 999GB Data Pada Harga RM1
Yes 5G kini hadir dengan tawaran menarik melalui kempen KAWKAWKAW serta mengumumkan Amelia Henderson sebagai duta jenama “KAW-est”. Dengan hanya RM1, pengguna Yes 5G boleh mendapatkan 999GB data, yang tersedia dari 5 November 2024 hingga 5 Februari 2025. Data ini juga boleh dikongsi melalui hotspot. Pengguna boleh membeli KAWKAWKAW Add-On 999GB data melalui aplikasi MyYes di…
Permohonan Untuk Kelayakan Bayaran STR 2025 Fasa 1 Dibuka Sehingga 30 November
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) hari ini mengumumkan bahawa permohonan bagi kelayakan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Fasa 1 dibuka sehingga 30 November 2024. Untuk lebih jelas, permohonan baharu dibuka sepanjang tahun mulai 19 Oktober 2024. Namun, bagi melayakkan anda menerima bayaran STR 2025 Fasa 1, permohonan baharu perlu dibuat selewat-lewatnya pada 30…