Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2024-11-05 at 12.25.30

Fail Android Kini Boleh Dipaparkan Di ‘File Explorer’ PC Anda Secara Wayarles

Diterbitkan November 5, 2024 · Dikemas kini Disember 13, 2024 oleh ariff bukhari

Menyambungkan telefon pintar Android dengan PC Windows anda kini menjadi lebih mudah apabila Microsoft mula melancarkan kemas kini yang menyepadukan storan telefon Android anda ke dalam File Explorer tanpa sambungan kabel.

Sebelum ini, ciri ini hanya tersedia untuk penguji Windows 11 sahaja, tetapi kini Microsoft menawarkan ciri ini kepada semua pengguna Windows 11, termasuklah pengguna Windows 10.

Bagi mereka yang sudah mula menerima ciri ini, ciri Show mobile device in File Explorer dipaparkan dalam tetapan Manage mobile devices.

Screenshot 2024-11-05 115043

Anda sepatutnya boleh melihat nama telefon Android anda di bar sisi kiri File Explorer tanpa perlu menyambungkan telefon anda terlebih dahulu melalui kabel USB atau Phone Link.

Kini anda boleh klik pada nama peranti anda itu dan membuka storan telefon pintar tersebut, tanpa menggunakan kabel USB.

Screenshot 2024-11-05 115945
Anda sepatutnya melihat nama peranti anda di atas pilihan “This PC”.

Dengan penyepaduan ini, anda boleh mengalihkan fail telefon anda secara bebas, melihat fail dan memindahkan fail antara PC dan Android dengan lancar.

Jika anda memadamkan fail dalam telefon anda pula, fail itu akan muncul dalam folder Recycle Bin baharu pada telefon anda.

Selain itu, anda akan dapat menggunakan ciri Windows Search (Search Storage) untuk mencari fail pada telefon anda.

Untuk mendapatkan ciri baharu ini, pastikan telefon Android anda menjalankan versi Android 11 atau terbaru dan memasang aplikasi Link to Windows terbaru.

Pastikan juga anda mengemas kini Cross-Device Experience Host dari Microsoft Store.

Screenshot 2024-11-05 123554

Seterusnya buka Settings>Bluetooth & devices>Mobile Devices>Manage devices di PC anda dan semak sama ada telefon anda dipautkan ke PC anda.

Screenshot 2024-11-05 121255

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Pengguna Di Malaysia Mula Terima Ciri "AI Overviews in Search"

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY