Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang, menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima atau ‘555’. Bercakap kepada Astro AWANI, Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA) Datuk Madeline Berma berkata ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan….
One UI 7.0 Beta Mungkin Dilancarkan Minggu Depan
Samsung dijangka melancarkan kemas kini beta One UI 7.0 untuk siri Galaxy S24 seawal 17 November 2024, menurut laporan dari IceUniverse. Penangguhan pelancaran ini berlaku kerana Samsung ingin memastikan versi yang stabil dan lengkap untuk pengguna awal. Pelancaran beta One UI 7.0 ini akan bermula di Korea Selatan dan Amerika Syarikat, sebelum diperluaskan ke negara…
Kod Tatalaku, Pengendali Media Sosial Diberi Masa Sebulan Untuk Beri Maklum Balas
Kerajaan memberi tempoh sebulan kepada semua pengendali media sosial untuk mendaftar kod tatalaku pelesenan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, langkah ini penting untuk memastikan platform luar negara melindungi hak pengguna Malaysia secara menyeluruh. Pengendali media sosial sedang memberikan maklum balas terhadap draf kod tatalaku tersebut, namun…
U Mobile Siapkan 78 Daripada 81 Projek Menara JENDELA Yang Diberi
U Mobile berjaya menyiapkan 78 daripada 81 menara yang dipertanggungjawabkan kepada syarikat telekomunikasi (telco) itu dalam projek Jalinan Digital Negara (JENDELA). Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pencapaian syarikat itu jauh lebih baik berbanding beberapa telco lain yang terlibat dalam projek sama, dengan mengambil masa lebih lama untuk mengoperasikan menara mereka. Ada sesetengah tempat kita dapati…
Aplikasi Kendiri Google Gemini Kelak Akan Tersedia Untuk iOS
Sejak dilancarkan, Gemini pada iOS hanya tersedia sebagai sebahagian daripada aplikasi Google (Search). Dalam perkembangan terbaru, beberapa pengguna mula melihat ketersediaan aplikasi kendiri Google Gemini di Apple App Store. Penyenaraian aplikasi Google Gemini itu menunjukkan keupayaan untuk mengakses Gemini Live, yang ketika ini belum pun tersedia dalam aplikasi Google sedia ada. Seorang pengguna di Reddit…
U Mobile Dan Straits Mobile Investment Setuju Kurangkan Saham Asing
U Mobile telah mengesahkan langkahnya untuk melancarkan rangkaian 5G kedua di Malaysia, dengan sokongan penuh dari kerajaan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Sebelum ini, mereka mengatakan yang U Mobile akan mengurangkan pegangan saham morjiriti asingnya kepada 20% bagi memastikan penguasaan Malaysia lebih besar. Kini, mengutamakan kepentingan negara, U Mobile dan Straits Mobile Investment…