KTM Berhad (KTMB) baru-baru ini mengumumkan bahawa penggunaan tiket QR untuk pas mingguan dan bulanan KTM Komuter Utara akan ditamatkan dan ditukar kepada kad Komuter Link, berkuat kuasa 1 Januari 2025. Penumpang boleh mendapatkan kad Komuter Link dengan harga RM10 (baki dalam kad RM0) di semua kaunter komuter. Sementara tambah nilai boleh dilakukan sama ada…
Pemain Di Steam Banyak Habiskan Masa Main ‘Game’ Lama Pada 2024
Setelah Spotify, YouTube Music, Apple Music dan PlayStation yang sudah melancarkan rangkuman tahunan, kini Steam juga tidak ketinggalan berbuat demikian, yang dipanggil Steam Replay. Walaupun banyak permainan yang dilancarkan pada 2024, tetapi data pada Steam menunjukkan sebaliknya. Berdasarkan laporan, hanya 15% daripada masa keseluruhan bermain pengguna Steam yang memainkan permainan yang dikeluarkan pada tahun 2024….
Industri Minyak Sawit Malaysia Memanfaatkan Teknologi Angkasa
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada 19 Disember 2024 untuk memperkukuh kerjasama dalam memanfaatkan teknologi angkasa seperti penderiaan jauh, GIS, dan ICT dalam sektor agrikomoditi. Kerjasama ini bertujuan membangunkan sistem aplikasi berasaskan teknologi angkasa bagi perancangan, pengurusan, dan pemantauan ladang sawit, meningkatkan kecekapan keputusan melalui…
“Kami Tak Pernah Bercakap Soal Kenakan Bayaran Untuk Ciri Apple Intelligence” – Tim Cook
Sejak beberapa bulan lalu, dua ‘set’ ciri Apple Intelligence telah mula diperkenalkan melalui iOS 18.1 dan iOS 18.2. Walaupun spekulasi sebelum ini mengatakan Apple berpotensi menawarkan beberapa ciri kecerdasan buatan (AI) sebagai perkhidmatan berbayar, namun CEO Apple Tim Cook baru-baru ini memberikan kenyataan sebaliknya. Dalam temu bual bersama Wired, Cook ditanya sekiranya pernah mempertimbangkan untuk…
MCMC Terbitkan Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) Untuk Penyedia Perkhidmatan Pesanan Internet Dan Penyedia Perkhidmatan Media Sosial
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerbitkan Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) untuk penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial. Kod ini bertujuan menyokong kerangka kelesenan, mengutamakan keselamatan dalam talian, khususnya untuk kanak-kanak dan golongan rentan, serta menangani kandungan dalam talian yang memudaratkan. Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) ini bertujuan untuk memastikan penyedia perkhidmatan mengutamakan keselamatan…
Imej Nintendo Switch 2 Yang Tertiris Kecewakan Para ‘Gamers’
Switch 2 dijangka dilancarkan sekitar Krismas 2025 hadapan tetapi sebelum pengumuman rasminya dibuat para pemain mendakwa mereka telah melihat pandangan pertama konsol tersebut secara tidak sengaja. Satisfye, sebuah syarikat yang menghasilkan aksesori untuk Joy-Con Switch, secara tidak sengaja memaparkan Switch 2 dalam treler yang kini telah dipadamkan. Walaupun video tersebut ditarik balik, tangkapan layar telah…