Perisian perindustrian berkuasa yang boleh digunakan untuk mereka bentuk senjata perang elektronik telah dikeluarkan secara percuma oleh saintis China. Walaupun perisian industri AS yang serupa boleh menelan kos ratusan ribu dolar, program Cina telah dikeluarkan tanpa sebarang kos Malah keputusan dari ujian perisian itu mencadangkan ia mengatasi prestasi produk AS sehingga 15 kali lebih pantas….
DJI Lancarkan O4 Air Unit Series, Dron Perlumbaan Tawar Pengalaman FPV 4K
DJI memperkenalkan DJI O4 Air Unit Series, penyelesaian penghantaran video digital dengan jarak jauh, latensi ultra rendah, dan video 4K/60fps yang jelas. Unit ini seringan 8.2g dengan sensor imej 1/2 inci, juga tersedia dalam versi Pro yang dilengkapi sensor 1/1.3 inci untuk rakaman 4K/120fps, mod warna 10-bit D-Log M, dan sudut pandang ultra lebar 155°….
Temui Simpanan 30 Juta Tan Litium Tersembunyi, China Kini Miliki Rizab Litium Kedua Terbesar Di Dunia
China telah mencapai kemajuan yang ketara dalam penerokaan litium di mana negara itu kini muncul sebagai pemegang rizab litium kedua terbesar di dunia. Perkara itu dimaklumkan oleh Kajian Geologi China (CGS) yang mendedahkan lonjakan ini meningkatkan kedudukan global China daripada tempat keenam kepada kedua baru-baru ini. Sebagai pengguna utama logam bateri penting ini, China banyak…
Helmet Motosikal Pintar Dengan Ciri HUD Dilancarkan, Kurangkan Pergantungan Pada Telefon Pintar
Intelligent Cranium Helmets telah melancarkan helmet motosikal pintar di CES 2025 yang menawarkan inovasi keselamatan canggih untuk penunggang motosikal. Dikenali sebagai iC-R, ciri canggih utama yang ada pada helmet motosikal ini termasuklah: Pandangan 240 darjah yang disediakan oleh dwi kamera belakang memberikan liputan visual luas untuk mengurangkan titik buta. Paparan Heads-Up (HUD) yang menampilkan kecerahan…
2024 Tahun Paling Panas, Gelombang Haba Dan Banjir Dijangka Lebih Teruk – NASA
Suhu purata permukaan bumi pada tahun 2024 mencatatkan rekod tertinggi, menurut analisis NASA. Suhu global didapati 1.28°C lebih tinggi daripada suhu purata abad ke-20 (1951–1980), melepasi rekod tahun 2023. Malah selama lebih separuh tahun 2024, suhu purata global telah melebihi 1.5°C di atas tahap pra-industri. Pemanasan ini didorong oleh gas rumah hijau seperti karbon dioksida,…
Kereta Generasi Baharu Toyota Akan Dilengkapi Superkomputer Dan Sistem AI Nvidia
Toyota di CES 2025 mengumumkan bahawa kenderaan generasi baharunya akan dilengkapi dengan teknologi pemanduan automatik menggunakan superkomputer Nvidia Drive AGX Orin dan sistem operasi keselamatan, DriveOS. DriveOS menawarkan pemprosesan AI masa nyata yang selamat dan integrasi ciri pemanduan serta kokpit canggih. Sistem ini adalah sebahagian daripada rangkaian alat Nvidia untuk kenderaan autonomi, termasuk Nvidia DGX…