Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Temui Simpanan 30 Juta Tan Litium Tersembunyi, China Kini Miliki Rizab Litium Kedua Terbesar Di Dunia

Temui Simpanan 30 Juta Tan Litium Tersembunyi, China Kini Miliki Rizab Litium Kedua Terbesar Di Dunia

Diterbitkan Januari 13, 2025 · Dikemas kini Januari 13, 2025 oleh ariff bukhari

China telah mencapai kemajuan yang ketara dalam penerokaan litium di mana negara itu kini muncul sebagai pemegang rizab litium kedua terbesar di dunia.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kajian Geologi China (CGS) yang mendedahkan lonjakan ini meningkatkan kedudukan global China daripada tempat keenam kepada kedua baru-baru ini.

Sebagai pengguna utama logam bateri penting ini, China banyak bergantung pada import.

Untuk mengatasinya, Beijing telah mempergiatkan penerokaan domestik untuk mengukuhkan rantaian bekalannya dan meningkatkan sara diri dan kapasiti untuk pengeluaran kenderaan tenaga baharu (NEV).

China telah meningkatkan usaha eksplorasi litium sejak 2021 dahulu.

Hasilnya, mereka telah menemui lebih 30 juta tan bijih litium dalam beberapa wilayah dalam negara itu seperti Sichuan, Qinghai, Jiangxi, Xinjiang dan Mongolia Dalam.

Malah penjelajahan di Tibet juga mendedahkan lingkaran sepanjang 2,800 km yang mengandungi mineral spodumene di wilayah Xikunsong-Pan-Ganzi, meningkatkan lagi rizab China.

China menempatkan pengeluar bateri litium terkemuka dunia, termasuk CATL, BYD, Gotion, EVE Energy dan A123, yang mempunyai pelanggan di seluruh dunia. Inilah sebabnya mengapa permintaan litium China sentiasa tinggi.

Jadi, dengan penemuan litium baharu oleh China, ia merupakan langkah utama dalam usaha tenaga boleh diperbaharuinya dan dalam mengurangkan pergantungan bahan api fosil.

Lebihan litium ini akan meningkatkan bateri EV dan storan tenaga, dan memastikan bekalan yang stabil untuk teknologi masa depan.

Sekali gus, China mengambil langkah seterusnya untuk terus menguasai pasaran sumber global.

Berkaitan

  • Saintis Hasilkan Bateri Mampu Simpan 4 Kali Lebih Banyak Tenaga Berbanding Litium-ion
  • Penyelidik Temui Simpanan Litium Tersembunyi Di AS, Mungkin Cukup Sehingga 9 Kali Permintaan Global Bateri EV 
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia

Sumber: Xinhua, Carbon Credits

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY