Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AMD Zen 2 Dengan Teknologi 7nm Bakal Hadir Dengan 16 Teras Dan 15% Peningkatan IPC

AMD Zen 2 Dengan Teknologi 7nm Bakal Hadir Dengan 16 Teras Dan 15% Peningkatan IPC

Diterbitkan Julai 23, 2018 ยท Dikemas kini Julai 23, 2018 oleh Wiser MY

Sebelum AMD memperkenalkan Ryzen, pegangan pasaran mereka jauh ketinggalan berbanding pesaing Intel mereka. Senibina Bulldozer mereka sebelum Zen, tidak dapat menandingi prestasi yang dihasilkan oleh cip Intel dari segi teras tunggal dan teras pelbagai.

Tahun 2017 merupakan tahun kemunculan semula bagi AMD dengan pengenalan Ryzen bagi pasaran pengguna dan pelayan mereka. AMD cukup terkenal dengan cip yang mempunyai bilangan teras yang tinggi dan harga yang lebih murah dari Intel.

AMD Zen 2 Dengan Teknologi 7nm Bakal Hadir Dengan 16 Teras Dan 15% Peningkatan IPC

Untuk Zen 2 yang menggunakan teknologi fabrikasi 7nm, AMD dikatakan akan meletakkan sehingga 16 teras untuk soket AM4, 32 teras untuk soket TR4 dan juga 64 teras bagi soket SP3. Sebagai rujukan, Intel pula akan memperkenalkan cip 8 teras pertama mereka untuk soket LGA 1150 di bawah senibina Coffee Lake generasi ke-9.

Untuk ryzen 2 pula, maklumat mengenai prestasinya masih dalam samar-samar. Khabar angin di laman sesawang China, Zen 2 mungkin akan meningkatkan prestasi sehingga 10 ke 15 peratus IPC (instruction per cycle) berbanding senibina Zen+ yang terdahulu.

AMD Zen 2 Dengan Teknologi 7nm Bakal Hadir Dengan 16 Teras Dan 15% Peningkatan IPC

 

Kiraan IPC lebih menarik perhatian kerana ia dapat menterjemahkan kepada aplikasi sebenar. Lebih tinggi kiraan IPC maka lebih pantas setiap aplikasi tersebut dapat dijalankan. Malang sekali bukan semuanya tertakluk kepada kiraan teras kerana tidak semua aplikasi yang dioptimakan dalam menggunakan teras yang banyak.

Apa-apa pun, pengguna sentiasa menunggu produk saingan terbaik untuk Intel yang selama ini mendominasi pasaran cip pemprosesan pengguna dan sudah tiba masa untuk AMD cuba menawarkan perisa mereka tersendiri.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY