Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vivo Memperkenalkan Peranti V9 Mereka Di Pasaran Malaysia

Vivo Memperkenalkan Peranti V9 Mereka Di Pasaran Malaysia

Diterbitkan Mac 27, 2018 · Dikemas kini Mac 27, 2018 oleh Wiser MY

Syarikat pengedar telefon pintar terkemuka dari China, Vivo akan melancarkan produk keluaran terbaru mereka, Vivo V9 di Malaysia pada akhir bulan ini. Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengurus Jenama Vivo Malaysia, Simeon Sia.

Vivo V9 dikuasakan dengan cip pemprosesan 8 teras Qualcomm Snapdragon 626, 4GB RAM dan ruang simpanan ROM sebesar 64GB sehingga 256GB malah boleh juga menggunakan kad micro SD bag memperluas ruang simpanan. Telefon ini juga akan dipersiapkan dengan dua slot bagi simkad NANO.

Vivo Memperkenalkan Peranti V9 Mereka Di Pasaran Malaysia

Namun, seperti diketahui, kamera merupakan salah satu spesifikasi penting bagi pemilik telefon pintar pada hari ini. Sekiranya anda seorang yang gemar ber-selfie atau bergambar bersama rakan-rakan atau keluarga, Vivo V9 merupakan telefon pintar yang sesuai dengan anda. Dengan kamera depan 24MP serta dwi-kamera belakang 16MP+5MP kualiti gambar anda tampak lebih profesional, dakwa Vivo. Selain itu, bagi sistem operasi pula, telefon ini akan menggunakan Android 8.1 Oreo keluar dari kotak.

PUBG mobile

Bagi penggemar pemain video mobile seperti ‘Rules of Survival’ atau ‘PUBG’ pula, Vivo V9 berkemampuan untuk memberi kepuasan maksima apabila ia boleh menghalang sebarang panggilan masuk, SMS atau notifications daripada mengganggu permainan anda. Dengan adanya fungí Game Mode ini, permainan anda tidak akan terganggu lagi dan anda dapat memfokuskan diri dalam permainan.

Dengan berbekalkan bateri berkapasiti 3,260 mAh, penggunaan peranti dijangka boleh bertahan dalam sehari dengan penggunaan ringan. Selain itu, di bahagian belakang telefon ini terdapat pengimbas cap jari (fingerprint) dan anda juga boleh menyahkunci telefon anda menggunakan face unlock.

Vivo V9 ini boleh mula didapati di cawangan Vivo serta pengedar sah di seluruh negara bermuda 31 Mac ini dengan harga RM 1,399 dengan tiga pilihan warna iaitu emas, hitam dan mutiara.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
©2026 WISER.MY