Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

8 Aplikasi Edit Video Terbaik Untuk Android Dan iOS

Posted on Oktober 3, 2017Oktober 3, 2017

Pelbagai faktor perlu diambil kira dalam penghasilan video yang terbaik menggunakan telefon pintar. Dari cara anda membuat rakaman, pencahayaan sehinggalah kepada teknik suntingan video tersebut.

Jika menggunakan teknik serta aplikasi suntingan yang betul, video berkualiti dan menarik dapat dihasilkan. Untuk itu, artikel kali ini akan membawakan 5 Aplikasi yang boleh anda gunakan untuk suntingan video bagi Android serta iOS.

1. FilmoraGo

Antara aplikasi yang menjadi pilihan ramai. Mempunyai fungsi memangkas (trim) klip video, membuat sari kata dan teks, lajukan kandungan video, tambah penapis dan juga lapisan. Turum menyediakan pelbagai jenis tema untuk menyerikan lagi video anda.

2. Magisto 

Cara penggunaan yang mesra pengguna dan dapat menjadikan video anda menarik dengan hanya beberapa klik sahaja. Pelbagai gaya suntingan disediakan supaya sesuai dengan video yang anda ingin sunting.

3. Adobe Premier Clip

Siapa tidak kenal Adobe? Salah satu nama besar dalam arena penyuntingan. Walaupun tidak selengkap versi komputer, aplikasi ini masih menawarkan keupayaan suntingan yang menarik dengan fungsi yang dipermudahkan lagi semudah “Create, Edit, Share”.

4. Overvideo

Maaf pengguna Android, aplikasi ini hanya ditawarkan pada iOS sahaja. Hadir dengan ciri-ciri menarik seperti tambah muzik, tambah teks dan macam-macam lagi.

5. LapseIt

Aplikasi ini ringkas tetapi mampu memberikan hasil suntingan yang mantap. Mahu mengambil gambar awan bergerak? Matahari terbenam? LapseIt mungkin sesuai bagi anda.

6. Quik

Perisian yang dibangunkan GoPro ini membolehkan anda mencipta video yang boleh terus dikongsi ke platform media sosial. Anda b0leh tambah imej(sehingga 200), video dan muzik dengan hanya beberapa klik sahaja.

7. Vizmato

Jika anda mencari aplikasi suntingan yang pantas, Vizmato merupakan salah satu aplikasi yang boleh anda gunakan. Anda boleh rakam video menggunakan aplikasi ini secara HD pada kamera depan ataupun kamera belakang. Seperti aplikasi-aplikasi yang lain, ia menawarkan pelbagai pilihan tema, penapis, pelekat dan juga jenis tulisan.

8. Cute CUT

Sesetengah pengguna mencipta iklan di Instagram Story menggunakan aplikasi ini. Ia memudahkan anda melukis sebarang bentuk terus keatas video selain mempunyai antaramuka yang mesra pengguna.

Mungkin anda boleh mencuba salah satu aplikasi diatas dan jangan lupa kongsikan pada rakan yang lain.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress