Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

74% Rakyat Malaysia Guna AI Ketika Membeli-Belah

Posted on Ogos 14, 2026Ogos 14, 2026

Penggunaan kecerdasan buatan (AI) semakin menjadi sebahagian daripada pengalaman membeli-belah rakyat Malaysia, dengan 74% pengguna dilaporkan sudah menggunakan teknologi berkenaan ketika membeli-belah.

Perkara itu berdasarkan laporan Adyen Index 2026 Malaysia Retail Report yang meninjau perubahan tabiat pengguna serta perkembangan industri peruncitan tempatan.

Menurut kajian tersebut, 74% pengguna berkata AI membantu mereka mendapatkan inspirasi dengan lebih pantas ketika membeli-belah. Sementara itu, 62% berminat menggunakan AI untuk menemui jenama atau pengalaman membeli-belah baharu.

Bagaimanapun, pengguna Malaysia masih berhati-hati untuk menyerahkan keseluruhan proses pembelian kepada teknologi berkenaan.

Sebanyak 52% responden berkata mereka tidak selesa membenarkan AI membuat pembelian bagi pihak mereka, menunjukkan tahap penerimaan terhadap konsep AI agent atau agentic commerce masih belum menyamai penggunaan AI sebagai pembantu ketika membeli-belah.

Tanya Wiser merupakan ciri AI yang boleh bantu anda dalam mencari peranti yang diingini

Dalam masa sama, aspek pembayaran dan keselamatan kekal penting kepada pengguna. Kajian mendapati 59% pengguna mempunyai persepsi lebih buruk terhadap sesebuah perniagaan selepas mengalami masalah ketika membuat pembayaran.

Selain itu, 26% pengguna pernah meninggalkan pembelian kerana mempunyai kebimbangan berkaitan keselamatan atau kepercayaan.

Di pihak peruncit pula, penggunaan AI dijangka terus berkembang. Sebanyak 47% peruncit Malaysia merancang untuk melabur dalam penyelesaian AI atau agentic commerce sepanjang 2026.

Agentic commerce merujuk kepada penggunaan ejen AI yang bukan sahaja membantu mencari atau mencadangkan sesuatu produk, tetapi boleh melaksanakan beberapa proses membeli-belah secara lebih autonomi bagi pihak pengguna.

Kajian Adyen itu dijalankan oleh YouGov antara Mac hingga April 2026 dan melibatkan 1,031 pengguna Malaysia berusia 18 tahun ke atas serta 314 pekerja kanan dalam sektor peruncitan.

Dapatan tersebut menunjukkan penggunaan AI dalam membeli-belah sudah semakin meluas di Malaysia, namun tahap kepercayaan pengguna terhadap AI yang boleh melakukan transaksi bagi pihak mereka masih menjadi cabaran utama kepada perkembangan agentic commerce.

@wisermy

Tengah nak cari smartphone baru? meh Tanya Wiser! #tanyawiser #wisermy

♬ original sound – Wiser MY – Wiser MY

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress