Inisiatif ini akan membantu perniagaan tempatan dalam pelbagai sektor termasuk hasil segar, peruncitan, makanan dan minuman (F&B) dan banyak lagi dengan memacu pendigitalan perniagaan tradisional dan membawa perniagaan tersebut atas talian.
Selain itu, ia bertujuan untuk menyokong semua peniaga di bawah pakej ini dengan mewujudkan peluang jualan dan pertumbuhan, mengurangkan kos operasi dan memudahkan pembangunan mampan melalui pembiayaan, subsidi dan pendidikan.
Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, Pakej Bantuan Peniaga Shopee bertujuan mewujudkan impak jangka masa panjang yang positif, walaupun selepas PKP.
Pakej Bantuan Peniaga Shopee dibuka untuk permohonan bermula 13 April hingga 31 Mei 2020. Ia akan memberikan manfaat termasuk subsidi yuran peniaga, sokongan jualan peniaga, pakej pendigitalan, semua manfaat peniaga sedia ada dan pendidikan dari kursus percuma Shopee University.
Untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Bantuan Peniaga Shopee, layari https://shopee.com.my/m/pakej-bantuan-peniaga.
Berkaitan
- Hati-Hati Dengan Jualan Buku Teks Digital Cetak Rompak Di Shopee
- Pengguna Shopee Kelak Boleh 'Return' Barang Jika Ubah Fikiran
- Shopee Naikkan Caj Komisen Kepada Penjual Mulai 10 Januari 2023
- Perintis Inovasi Penyelesaian Pembayaran - Shopee Sertai Ekosistem DuitNow 2.0
- Talian HEAL 15555 Mula Beroperasi Hari Ini, Tawar Bantuan Untuk Kesihatan Mental
- Samsung Beri Baucar Bernilai Sehingga RM50,000 Sempena Super Brand Day Di Shopee
- vivo Tawar Potongan Harga Sehingga RM700 Sempena Jualan 4.4 Shopee
- Peniaga Diingatkan Mohon Segera Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 Selewatnya 31 Oktober Ini
- Hukum Guna Bantuan AI Untuk Siapkan 'Assignment'
- Lebih 40,000 Unit Telefon Terjual Di Lazada Dan Shopee, Xiaomi Rekod Jenama Paling Laris Di Asia Tenggara