Lebih 40,000 Unit Telefon Terjual Di Lazada Dan Shopee, Xiaomi Rekod Jenama Paling Laris Di Asia Tenggara

Sempena jualan 11.11 yang berlangsung semalam, Xiaomi mengumumkan syarikat itu telah merekodkan jenama telefon pintar paling laris di Malaysia dan Asia Tenggara bagi platform Lazada dan Shopee.

telefon Xiaomi Lazada

Menerusi jualan sehari itu, lebih 40,000 unit telefon pintar Xiaomi telah terjual di Malaysia. Selain itu, Redmi 9A turut merekodkan model telefon pintar paling laris di Lazada dengan lebih 9,000 unit terjual.



Dalam pada itu, Xiaomi juga disenaraikan sebagai jenama telefon pintar terlarisĀ  di Asia Tenggara bagi kedua-dua platform tersebut.

Sehingga suku ketiga 2020, Xiaomi merupakan jenama telefon pintar ketiga terbesar di dunia.